Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus telah menjalani kuarantun kendiri apabila dikenal pasti sebagai kontak rapat setelah berurusan dengan seorang individu yang positif COVID-19 pada Ahad lepas.
“Saya telah dikenal pasti sebagai kontak rapat seseorang yang telah positif COVID19. Saya sihat dan tanpa gejala tetapi akan menjalani kuarantin kendiri untuk beberapa hari akan datang, sesuai dengan protokol WHO dan bekerja dari rumah,” tulisnya di Twitter.
I have been identified as a contact of someone who has tested positive for #COVID19. I am well and without symptoms but will self-quarantine over the coming days, in line with @WHO protocols, and work from home.
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) November 1, 2020
“Sangat penting agar kita semua mematuhi panduan kesihatan. Ia adalah cara untuk kita memutuskan rantaian penularan COVID19, menewaskan virus, dan melindungi sistem kesihatan.
It is critically important that we all comply with health guidance. This is how we will break chains of #COVID19 transmission, suppress the virus, and protect health systems.
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) November 1, 2020
“Sahabat-sahabat di WHO dan saya akan terus berkomunikasi untuk bersatu menyelamatkan nyawa dan melindungi mereka yang terancam. Bersama-sama!,” tambahnya lagi.
My @WHO colleagues and I will continue to engage with partners in solidarity to save lives and protect the vulnerable. Together!
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) November 1, 2020
COVID-19 telah meragut lebih 1.19 juta nyawa di 189 negara dan wilayah sejak kali pertama ia dikesan di Wuhan, China, pada Disember tahun lalu. Manakala, Amerika Syarikat, India, dan Brazil kekal sebagai negara yang paling teruk terjejas.
Menurut perangkaan Reuters, kes baru COVID-19 di Eropah telah meningkat lebih seganda dalam hanya tempoh lima minggu, sekali gus melepasi paras 10 juta jangkitan di benua tersebut,

Pada bulan lalu, kedua-dua rantau Amerika Latin dan Asia melaporkan lebih 10 juta kes secara keseluruhannya. Amerika Syarikat sendiri melaporkan lebih sembilan juta kes dengan virus itu menular dengan pantas di negara tersebut.
Sementara itu, Eropah yang mengambil masa hampir sembilan bulan untuk mencatat lima juta kes COVID-19, kini melaporkan lima juta kes seterusnya dalam masa hanya sebulan saja.
Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah: