Konsol Permainan Video Terkecil Di Dunia, Penciptaan ‘Thumby’ Pada Tahap Berbeza

thumby konsol permainan terkecil

Baru-baru ini, sebuah syarikat inovasi TinyCircuits telah memperkenalkan konsol permainan video terkecil di dunia yang dikenali sebagai Thumby.

Industri permainan video sangat terkenal sejak dahulu lagi. Konsol permainan video banyak dihasilkan oleh pengeluar terkenal seperti konsol PlayStation, X-Box dan Nintendo. Ini kerana bagi memenuhi permintaan yang cukup tinggi oleh orang ramai di seluruh dunia.

Begitu juga dengan syarikat TinyCircuits yang merupakan pakar membuat alat peranti elektronik bersaiz kecil.

Sebelum ini, mereka juga telah beberapa kali melancarkan alat peranti kecil seperti TinyScreen dan TinyArcade.

permainan video bersaiz kecil
Sumber: TinyCircuits

Rekaan terbaharu mereka Thumby pula telah menarik perhatian orang ramai. Alat konsol permainan kecil ini berukuran 29.5mm x 18mm x 8.5mm serta dilengkapi dengan skrin sesentuh monokrom OLED 72×40.

thumby konsol permainan tekecil
Sumber: Kickstarter

Ia juga berfungsi sama seperti Game boy biasa, mempunyai D-pad, butang A dan B. Hadir dengan lima permainan retro iaitu TinyDelvere, TinyTris, TinyAnnelid, TinySaur Run dan R.F.S.D.

Thumby juga dapat diprogramkan sendiri, memberikan peluang kepada mereka yang mempunyai kemahiran coding ingin membuat permainan pada peranti ini.

Konsol bersaiz kecil ini telah memenangi ‘Best in Show: Most Innovative Product’ di GDex Conference.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca