Konsol Permainan Video, Playstation 2 Kini Sudah Berusia 20 Tahun

Pada tarikh 4 Mac 2020, genahlah 20 tahun usia PlayStation 2 (PS2). Konsol permainan video ini dikenang sebagai produk terbaik meninggalkan pesaing yang lain seperti Xbox 360, Gamecube dan Sega Dreamcast.

PS2 adalah konsol permainan video yang dibangunkan oleh syarikat gergasi media dan elektronik, Sony. Sejak hari pertama diriliskan di pasaran pada 4 Mac 2000, ia mencatatkan jualan yang cukup besar.

Sumber: Reuters.com/Toshiyuki Aizawa

PS2 mencatatkan jualan sepanjang tempoh ia diriliskan sebanyak 158 juta unit. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding PlayStation 4 (PS4) yang terjual hampir 102.8 juta unit.

Kehebatan PS2 hadir dengan kemunculan beberapa tajuk pemainan video yang dihasilkan oleh beberapa syarikat. Pelbagai siri telah menjadi peneman kepada pemain sepanjang usia konsol. Sebagai contoh Metal Gear Solid 3: Snake Eater, Grand Theft Auto: San Andreas, Silent Hill 2, Pro Evolution Soccer dan sebagainya.

Sumber: Amazon

PS2 mempunyai fungsi yang menarik saat ia diriliskan. Konsol ini mampu memainkan digital video disc (dvd) dan compact disc (cd). Tambahan lagi, ia boleh disambungan dengan talian internet untuk membolehkan para pemain mampu beraksi dalam mode multiplayer secara atas talian.

Satu rahsia unik telah didedahkan oleh akaun rasmi Twitter PlayStation Europe. Logo PS2 yang terdapat di konsol tersebut boleh dipusingkan mengikut kehendak pengguna.

PS2 meninggalkan kesan kepada generasi 2000s yang membesar bersama konsol ini. Sudah pasti video permulaan sebelum permainan video dilancarkan mampu mengamit memori kepada mereka. Selamat ulang tahun buat PlayStation 2.

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan permainan video, sila klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca