Konsert Jelajah Dunia, Super Junior Bakal Datang Malaysia

Kumpulan ikonik K-Pop, Super Junior akan menuju ke Malaysia tidak lama lagi dalam konsert jelajah dunia mereka pada bulan Oktober ini.

Terdahulu, kumpulan K-Pop Blackpink juga mengesahkan kehadiran mereka semula ke Kuala Lumpur untuk konsert jelajah dunia pada tahun hadapan.

Penganjur konsert iaitu Star Planet telah mengumumkan bahawa Super Show 9: Road in Kuala Lumpur akan bertemu peminat pada 10 Oktober di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sumber: Instagram

Lapan ahli Super Junior yang terdiri daripada Leeteuk, Shindong, Eunhyuk, Donghae, Yesung, Siwon, Ryeowook dan Kyuhyun sebelum ini pernah memaklumkan pada asalnya konsert Super Junior dijadualkan pada 1 Mac 2020.

Namun disebabkan negara terkesan dengan wabak Covid-19 menyebabkan konsert itu terpaksa dibatalkan.

Kali terakhir Super Junior mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2013.

Konsert jelajah dunia Super Junior sudah pun bermula pada 15 Julai di Seoul dan negara seperti Singapura dan Indonesia turut akan menyaksikan persembahan Super Junior tidak lama lagi.

Sumber: Facebook

Menurut penganjur konsert, maklumat mengenai harga tiket dan ketetapan tempat duduk akan diberitahu pada awal bulan September.

Sudah pastinya peminat Super Junior yang diberi nama ELF tidak sabar dengan kehadiran mereka di Malaysia nanti.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca