Konsert Ditunda, Khai Bahar Umum Tarikh Baharu Esok

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia menampilkan penyanyi tersebut sebagai teraju utama terpaksa ditunda. Acara tersebut dijadualkan akan diadakan di Istana Budaya pada 27 dan 28 Mac ini ditukar kepada tarikh baharu.

Khai Bahar telah berjanji akan mengumumkan tarikh terbaharu konsert tersebut pada hari Isnin ini selepas beliau mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Johari. Pertemuan ini diharap dapat memberikan sedikit nafas lega terhadap peminatnya.

Sumber: Facebook Khai Bahar

Sementara itu selaku Penerbit Eksekutif konsert, Fauziah Ahmad Daud telah mengambil keputusan setelah mendapat nasihat daripada pihak Istana Budaya. Tindakan penundaan dibuat ekoran kebimbangan mereka terhadap wabak COVID-19 yang semakin teruk melanda negara.

Tambahan lagi, Fauziah Ahmad Daud meminta para peminat tidak panik terhadap berita ini. Konsert tetap diteruskan cuma tarikh telah ditunda kepada waktu yang lain.

Sumber: Facebook Khai Bahar

“Saya berharap peminat yang sudah membeli tiket sabar dan tenang. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku,” ulas Fauziah Ahmad Daud terhadap konsert ini.

Selain acara ini, Muzikal Siti Di Alam Fantasia yang turut akan diadakan di Istana Budaya terpaksa ditangguhkan kepada tarikh baharu.

Sumber: Istana Budaya

Untuk membaca artikel lain berkaitan hiburan terkini, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca