Konsep ‘Quiet Quitting’ Menjadi Trend Di Barat, Patutkah Ia Juga Diterima Pakai Di Malaysia?

Trend “Quiet Quitting” tular di Barat selepas ia kuat pengaruh diantara golongan-golangan muda. Disebabkan media sosial, trend tersebut sudahpun sampai ke Malaysia. Apakah sebenarnya ia, dan patutkah ia diterima pakai di negara kita?

Quiet Quitting bukannya bermaksud untuk berhenti kerja secara senyap, tapi ia bermaksud seseorang hanya patut bekerja pada kapasiti minimum, tidak menerima kerja tambahan dan hanya mengeluarkan usaha setimpal pada gaji yang diberikan.

Mungkin trend ini berasa pelik kerana ia boleh dianggap menggalakkan sikap malas antara perkerja. Tetapi Quiet Quitting bukan tentang mengelakkan kerja, namun niat sebenar konsep tersebut adalah untuk menggalakkan pekerja untuk sedar bahawa nilai dan kehidupan seseorang lebih daripada kerja mereka.

Source: Freepik

Tambahan pula, mengikut ahli psikologi Quiet Quitting dikatakan mempunyai faedahnya:

Lindungi Dari Kejadian Burnout

Kajian telah mendapati bahawa keseimbangan hidup sewaktu kerja dan di luar kerja berkait dengan kesihatan mental seseorang. Sebuah tinjauan yang dilakukan pada tahun lepas ke atas 2,017 pekerja di Glasgow mendapati bahawa lebih separuh daripada mereka merasa bahawa keseimbangan hidup sewaktu kerja dan di luar kerja mereka adalah sangat lemah.

Quiet quitting bertujuan untuk memulihkan keseimbangan tersebut di mana kerja telah memasuki dan diambil keutamaan lebih daripada masa peribadi anda. Ia juga boleh membantu untuk mengingatkan diri bahawa kerja bukanlah segala-galanya.

Apabila segala perkara dikait dengan kerja, seseorang juga akan rasa nilai dirinya bergantung pada itu sahaja, walhal nilai seseorang lebih daripada itu.

Terutamanya apabila mereka menghadapi sebuah kegagalan (seperti tidak mendapat kenaikan pangkat, atau tidak dapat kredit atau pengiktirafan dalam sebuah kerja atau pada sebuah pencapaian). Apabila mereka gagal, biasanya mereka akan merasai diri mereka tiada laku.

Ini amat membimbangkan kerana biasanya cara mereka bertindak balas adalah dengan melakukan lebih banyak kerja, dan lebih memburukkan lagi kebajikan mereka.

Sumber: Freepik

Pada 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktirafkan burnout sebagai fenomena pekerjaan yang dicirikan oleh perasaan kepenatan, keletihan, kesihatan mental yang terjejas, dan prestasi kerja yang merudum. Burnout merupakan akibat kerja berlebihan dan boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan fizikal, emosi dan mental.

Quiet quitting boleh mewujudkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi yang lebih baik dan seterusnya dapat melindungi daripada burnout sebelum ia berlaku.

Budaya bekerja di Malaysia, terutamanya di kawasan bandar cendurung pada pekerja yang berdedikasi dan sanggup berkorban banyak masa dan usaha bagi kerjaya mereka. Menurut sebual artikel, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pekerjanya bekerja paling lama di Asia-Pasifik. Ini kerana budayanya yang menggalakkan bekerja walaupun sudah lepas waktu yang ditetapkan di kontrak.

Dari pandangan itu, untuk memastikan kesejahteraan seorang pekerja dan individu. Pekerja-pekerja di Malaysia boleh mempraktikan Quiet Quitting untuk menjaga dan menjamin kestabilan diri.

Namun begitu, seseorang pekerja juga perlu memastikan mereka berusaha untuk yang terbaik. Pastikan diri mempraktikan Quiet Quitting hanya bila perlu, seperti untuk mengelak burnout. Kalau sentiasa bekerja pada prestasi minimum, bukan saja bos akan pandang rendah, tapi kepuasan diri tentang kerja pun akan lesap.

Mentaliti untuk berkerja hanya berdasarkan bayaran tidak bermanfaat kepada sesiapa. Seseorang perlu juga tanamkan sifat ikhlas bekerja dan bangga bekerja. Dengan itu, baru boleh maju!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca