Konon Tunjuk Solidariti Kepada Palestin, Aksi Graduan Buat ‘Hail Hitler’ Atas Pentas Konvokesyen Dikecam Hebat

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter apabila seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) membuat aksi ‘Hail Hitler’ di atas pentas konvokesyen. Motif kejadian dipercayai kerana mahu tunjuk solidariti buat rakyat Palestin.

Menurut tweet tersebut, graduan berkenaan telah memuat naik gambar dia melakukan aksi itu di akaun Facebook. Malah, graduan itu juga tanpa segan silu mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Nazi itu kerana telah menyebabkan Holocaust berlaku.

Ekoran daripada penularan posting berkenaan, graduan itu telah menerima kecaman hebat daripada warganet yang rata-ratanya berpendapat tindakan pelajar itu adalah sesuatu perkara yang bodoh.

Ada juga yang mengatakan graduan tersebut tidak cukup ilmu di dada kerana tidak mengenali siapkah Hitler yang sebenarnya.

Difahamkan, posting tersebut kini sudah dipadam oleh pihak Facebook ekoran telah melanggar Community Standards yang ditetapkan laman terbabit.

Meskipun dikecam hebat dan postingnya sudah dipadam, graduan berkenaan sepertinya tidak terkesan. Malah, dia sempat memuat naik satu lagi posting yang menerangkan perlakuannya di pentas graduasi itu hanyalah satu gurauan semata-mata.

Sememangya, ia bukanlah satu kesalahan bagi seseorang itu untuk meluahkan pendapat diri. Namun begitu, haruslah diselidik dahulu dan memastikan platform untuk mengutarakannya adalah pentas yang benar dan dilakukan pada masa yang sesuai.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca