Kongsi Resepi Roti Goreng Kemudian Berpantun, Ahmad Maslan Kekal Tenang

Sedang rakyat sibuk memikirkan kemelut yang terjadi dengan politik Malaysia, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan kelihatan kekal tenang menghadapi kekecohan situasi politik negara.

Hal ini dapat dilihat melalui perkongsian ciapan di laman akaun Twitternya semalam, di mana Ahmad Maslan berkongsi resepi sarapan pagi beliau.

Ini antara reaksi yang mencuit hati daripada warganet terhadap perkongsian beliau:

Hari ini, beliau telah tiba di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur untuk perjumpaan bersama dengan pemimpin UMNO yang lain. Ketibaan beliau telah disambut oleh para wartawan yang berkumpul di sana yang kemudiannya meminta beliau untuk membacakan pantun.

“Pantun ada dalam telefon,” ujar Ahmad Maslan sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya.

Beliau kemudian mula membaca pantun seperti berikut:

Tinggi banjaran dipanah petir,

Gunung Tahan dilimpahi suria,

Moga debaran akan berakhir,

PM kelapan, siapakah dia?

Tonton video di bawah untuk versi penuh bacaan pantun oleh Ahmad Maslan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca