Kongsi Hadiah MLM 2019, Man Raja Lawak Mahu Bantu Individu Terjejas Akibat COVID-19

Penularan wabak COVID-19 pada tahap yang membimbangkan di negara ini turut menjejaskan sumber pendapatan segelintir masyarakat. Oleh itu, pelawak Man Raja Lawak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban orang ramai.

Abdul Rahman bin Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak dengan seikhlas hati telah memperuntukkan wang berjumlah RM50,000 hasil daripada kemenangannya di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 untuk membantu individu yang benar-benar memerlukan.

View this post on Instagram

Smoga di berkati

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Selain itu, Man turut berharap bahawa bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima. Pelawak itu turut mengalu-alukan individu yang benar-benar memerlukan bantuan tersebut untuk menghantar mesej peribadi (DM) ke akaun Instagramnya.

Walau bagaimanapun, Man akan meneliti setiap permohonan itu terlebih dahulu supaya mereka yang benar-benar layak sahaja yang menerima bantuan tersebut.

View this post on Instagram

Mohon kerjasama anda🙏🙏

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Tambahnya, permohonan individu itu dianggap gagal sekiranya mereka tidak menerima apa-apa respons daripada pelawak tersebut.

View this post on Instagram

Mohon kerjasama untuk proses penapisan

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Apa-apa pun, terima kasih kepada Man kerana begitu ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukan. Semoga ini boleh menjadi contoh buat golongan selebriti dan orang lain di luar sana.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca