Koncept 3D Gallery, Ruang Seni Ini Bakal Jadi Daya Tarikan Baru Di Bandaraya Kuantan

Koncept 3D Gallery bakal membuka tirai secara rasmi di bandaraya Kuantan tidak lama lagi. Ruang seni yang berkonsepkan lukisan 3-dimensi ini diusahakan dengan kerjasama anak tempatan negeri Pahang dan akan menjadi salah satu tumpuan pelancongan terkemuka di Kuantan.

Pada bulan Februari awal tahun 2021, rakyat negeri Pahang telah meraikan hari di mana Kuantan diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya. Detik bersejarah ini semestinya menjadi kegembiraan dan kebanggaan buat rakyat tempatan di negeri yang cukup kaya dengan warisan serta budaya ini.

Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke negeri Pahang, tentunya pernah dengar atau tahu mengenai keistimewan dan keunikan yang terdapat di bandaraya Kuantan.

Bandaraya Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Pelbagai sejarah, kisah, dan kongsian yang dibawa dari mulut ke mulut. Tapi yang pastinya, apabila disebut sahaja pasal Kuantan, orang ramai akan kaitkan dengan keindahan pantai di Teluk Chempedak dan makanan laut yang segar dan sedap di Tanjung Lumpur.

Kini, Kuantan boleh berbangga dengan terbinanya ruang seni khas yang dinamakan Koncept 3D Gallery. Terletak di tengah bandaraya Kuantan, galeri ini berada berdekatan tempat tumpuan pelancong utama bandaraya ini.

Kebiasaannya, masyarakat umum didedahkan dengan lukisan-lukisan mural atau seni jalanan yang dihasilkan pada dinding-dinding di tengah kota seperti yang boleh dilihat di Kuantan Art Street.

Lukisan mural di Kuantan Art Street (sumber: LIBUR)

Berbeza daripada lukisan mural biasa, seni tiga dimensi adalah sebuah hasil ilustrasi yang memberi rupa sebenar apabila dipandang. Karyanya mengambil masa yang lama dan perincian yang teliti untuk direalisasikan.

Selama ini ramai yang sedia maklum di Malaysia terdapat galeri 3D seumpamanya di Langkawi, Port Dickson, Kuala Lumpur dan Ipoh. Koncept 3D Gallery di Kuantan ini bakal menjadi ‘hype’ terbaru dengan karya seni yang pastinya sangat Instagrammable.

Ia adalah hasil cetusan ilham dan idea Koncept 3D Gallery bersama anak seni tempatan dengan paparan gabungan seni budaya dan seni moden. Orang awam dapat melihat sendiri ilustrasi hebat berkenaan Malaysia seperti tempat mercu dan menarik, tokoh pemimpin serta ikon seni terkenal negara.

Latar Belakang Koncept 3D Gallery, Kuantan

Ditubuhkan pada 2020, Koncept 3D Gallery merupakan sebuah galeri seni 3D pertama di Pantai Timur yang secara keseluruhannya dihasilkan daripada lukisan tangan anak-anak tempatan negeri Pahang.

Dengan adanya ruang seni ini, Koncept 3D Gallery secara tidak langsung dapat memberi ruang dalam membantu mengasah dan menonjolkan bakat anak-anak muda tempatan dalam bidang seni. Setiap lakaran dan lukisan seni itu membawa maknanya yang tersendiri. Platform ini diharapkan mampu menjadi saluran terbaik untuk kelompok ini.

Komponen Seni Tiga Dimensi

Uniknya di Koncept 3D Gallery, beberapa segmen atau pembahagian khas disediakan untuk memberi pengkhususan mengikut kesesuaian umum. Anda boleh terokai hasil lukisan dengan unsur-unsur sejarah, legenda, kebudayaan dan hiburan kanak-kanak.

Antara karya lukisan 3D di Koncept 3D Gallery, Kuantan

Lokasi dan Waktu Operasi Koncept 3D Gallery

Koncept 3D Gallery boleh dilawati setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum, di alamat:

No, 33 & 35, Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Lokasinya terletak berhampiran destinasi pelancongan terkenal di bandaraya Kuantan iaitu Menara Kuantan 188 dan Sungai Kuantan.

Sambil menyelam minum air, anda tidak perlu memakan masa untuk beralih ke kawasan lain kerana Koncept 3D Gallery dikelilingi tempat menarik untuk anda bergambar, melihat pemandangan, mahupun mencari juadah makanan.

Pastinya sangat berbaloi untuk anda kunjungi!

Lokasi Koncept 3D Gallery, Kuantan.

Harga Tiket

Bayaran masuk ke Koncept 3D Gallery dijamin sangat berpatutan. Buat pemegang MyKad, iaitu warganegara Malaysia, harga bagi dewasa adalah RM12 manakala kanak-kanak dan warga emas hanya perlu bayar sebanyak RM8.

Bagi pelancong luar yang bukan warganegara, orang dewasa dikenakan bayaran RM20 dan kanak-kanak pula RM10. Tiada had atau sekatan untuk anda bergambar di setiap sudut galeri ini.

Mulakan perancangan percutian anda sekarang kerana daya tarikan terbaru di bandaraya Kuantan ini bakal dibuka dalam masa terdekat ini. Perkembangan pembukaan dan operasi Koncept 3D Gallery akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Facebook, Instagram dan Twitter rasmi Koncept 3D Gallery.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghadirkan diri anda serta mengajak sahabat handai dan keluarga untuk turut berkunjung ke Koncept 3D Gallery jika ingin menjadi orang terawal yang bergambar di sini nanti!

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Koncept 3D Gallery, anda boleh hubungi atau WhatsApp di 013-7953864.

Untuk perkongsian menarik lain berserta ‘sneak peek’ lukisan-lukisan 3D, anda boleh ikuti Koncept 3D Gallery di pautan media sosial di bawah:

Facebook:

Koncept 3D Gallery

Instagram:

@koncept3dgallery

Twitter:

@galerikoncept3d

Artikel Lain Untuk Di Baca