Komplikasi Pembedahan Tonsil, Miss Brazil 2018 Gleycy Correia Meninggal Dunia

Pemenang Miss United Continents Brazil 2018, Gleycy Correia disahkan meninggal dunia pada umur 27 tahun di Instagram pada 20 Jun 2022.

Paderi keluarga beliau, Lidiane Alves Oliviera beritahu Daily Mail bahawa ratu cantik itu meninggal dunia di klinik swasta pada 20 Jun lepas selepas menghadapi pendarahan yang banyak dan serangan jantung juga pembedahan mengeluarkan tonsilnya pada akhir Mac.

Correia koma selama dua bulan dan serangan jantung berlaku pada 4 April.

Wanita ini mula memasuki dunia ratu cantik pada zaman remajanya dan berjaya dinobatkan sebagai Miss United Continents Brazil 2018 ketika umurnya 23 tahun. Selepas kejayaannya itu, beliau bekerja sebagai pakar kecantikan dan model yang sering dikongsinya di media sosial.

Sehari selepas pemergiannya, wakil organisasi Miss¬†United Continents mengeluarkan kenyataan, “wanita cantik dengan kehidupan yang amat gembira.

“Saya mahu mengucapkan takziah pada keluarganya dan mentor beliau, Henrique Fontes yang telah beri kita hadiah iaitu berpeluang mengenali seorang perempuan yang cantik, bijak dan manis yang telah meninggalkan kita kenangan-kenangan gembira yang akan kita simpan dalam organisasi ini”.

Selepas berita kematian Correia, keluarga dan kawan-kawan beliau memberi ucapan takziah mereka di media sosial termasuk Jak Abreu.

“Tuhan memilih hari ini untuk mengambil puteri kita. Kita tahu yang beliau akan amat dirindui tetapi kini, beliau akan cerahkan langit dengan senyumannya,” kata Abreu di Instagram.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca