Koleksi Kepala Dan Tengkorak Penjenayah Disimpan Di Sini Termasuk Kepala Pengasas Muzium Itu Sendiri

“Mengapa sesetengah orang bertindak ganas dan hilang sifat manusiawi?”

“Apa yang ada dalam fikiran pembunuh dan si psiko?”

Persoalan yang sama mungkin pernah turut berputar dalam kepala Cesare Lombroso (1835-1909), seorang pakar kriminologi dan pengasas Muzium Antropologi Jenayah di Itali.

Menurut portal History Extra, Lombroso ini orang pertama dalam sejarah yang mengkaji jenayah secara saintifik.

Minatnya terhadap perkara-perkara jenayah ini bermula apabila dia membedah siasat seorang banduan sewaktu bertugas sebagai doktor tentera. Sebelum itu, dia pernah bekerja di hospital mental.

Perilaku penjahat yang ganas seperti haiwan itu menarik lelaki itu untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

Lelaki itu mendapati bahawa keganasan dan penjenayah itu ada kaitan dengan genetik dan personaliti yang tidak normal. Malah boleh dilihat daripada ciri-ciri fizikal seseorang. Sekilas air muka, Lombroso boleh agak sama ada orang itu pembunuh atau perogol.

Teori-teori yang dikemukakan masih diguna pakai sehingga kini dan disokong oleh kajian terbaru di universiti.

Ukuran wajah berdasarkan teori antropologi kriminal Lombroso

Sifat ingin tahu tanpa henti lelaki itu tentang budaya, keadaan mental dan hal-hal penjenayah itu membawa dia menjelajah ke seluruh negeri, penjara, mahkamah dan Eropah.

Dalam pengembaraannya, dia menemui dan berdiskusi dengan orang ramai. Selain itu, Lombroso turut mengumpul banyak artifak milik banduan, dari tengkorak manusia hinggalah topeng yang dipakai banduan sewaktu menjalani hukuman bunuh sebagai bahan kajian.

View this post on Instagram

#lombrosomuseum

A post shared by Jamie Donnelly • Tattoo Artist (@jamiedonnellytattoos) on

Dia boleh nampak apa yang tidak dilihat orang lain pada nilai barangan tersebut.

Pada mulanya, dia menyimpan bahan-bahan tersebut di rumahnya sebelum berpindah ke Universiti Turin, tempat kerjanya.

Pada tahun 1892, Lombroso membuka sebuah muzium yang menempatkan lukisan milik banduan dan pesakit mental, foto, bukti-bukti jenayah dan senjata kepada orang ramai.

Apa yang mengerikan, spesimen kepala penyangak turut menjadi bahan pameran.

Salah satu koleksi paling penting pula sudah tentu kepala Lombroso sendiri yang diawet di dalam balang atas persetujuannya sendiri untuk didermakan kepada muzium itu setelah kematiannya.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca