Koleksi Hobi Yang Menarik, Ini 7 Pengumpul Barangan Unik Yang Patut Anda Ketahui

Mengumpul sesuatu barang ialah salah satu hobi yang menarik. Setiap daripada kita ada yang mempunyai minat terhadap sesuatu barang itu tersendiri.

Ada sesetengah orang yang gemar mengumpul barangan yang biasa seperti kasut, pakaian dan sebagainya. Namun, ia berbeza dengan beberapa orang lain kerana mereka ini suka mengumpul barangan seperti bekas rokok, bekas gula, santa claus dan sebagainya.

Di sini kami kongsikan 7 barangan unik yang telah dikumpulkan oleh beberapa orang dari pelbagai dunia:

1. Mengumpul koleksi kamera

Seorang lelaki bernama Dimitris Pistiolas telah memiliki beberapa koleksi kamera filem yang terbesar di dunia. Dia yang menetap di Athens, Greece, mengatakan bahawa kamera ini merupakan harta peribadinya.

Dia juga telah berjaya mengumpul 937 kamera vintaj termasuk projektor.

2. Mengumpul bekas kotak rokok

Sejak tahun 2003, Wang Guohua telah mengutip banyak bekas kotak rokok. Bekas kotak rokok itu akan disimpan di dalam sebuah bilik di Hangzhou City, Wilayah Zhejiang, China.

Koleksi kini lebih daripada 30,000 bungkusan yang meliputi lebih daripada 100 kawasan pengeluaran dan lebih daripada 10 buah negara.

3. Mengumpul bekas gula-gula dan cenderamata

Gambar ini telah diambil di ruangan bawah tanah rumah seorang pengumpul yang tinggal di Lewiston. Barang yang dikumpulnya itu ialah PEZ (sejenis bekas gula-gula) dan cenderamata.

Ron Hood kini telah mempunyai 3,000 PEZ dan dia mengatakan jumlah pengumpulannya itu masih sedikit.

4. Mengumpul cawan bir

Seorang petani yang bernama Heinrich Kath telah menunjukkan beberapa koleksi yang telah dikumpul olehnya iaitu bentuk cawan Bir. Jumlah yang telah dikumpul setakat ini sudah melebihi daripada 20,000.

Namun, dia merupakan seorang yang tidak minum bir tetapi hanya suka mengumpul cawar bir sahaja sejak tahun 1997.

5. Mengumpul itik getah

Valli Hammer merupakan seorang pengumpul itik getah. Malah, koleksi yang dikumpulnya juga tidak ada yang sama. Hasil pengumpulannya kini mempunyai 2,469 itik. Dia juga mengatakan mahu menjadi salah seorang pengumpul rekod dunia.

6. Mengumpul anak patung Santa Claus

6,000 anak patung Santa Claus ini telah dikumpul oleh seorang wanita yang bernama Sharon Bladgey. Ia mengambil masa selama tiga minggu untuk menjadikannya bernilai kepada dunia.

7. Mengumpul Pokemon

Lisa Courtney telah mengumpul koleksi patung-patung yang berkaitan dengan Pokemon dan telah dimasukkan di dalam rekod dunia pada tahun 2010 edisi gamers. Koleksinya telah mencecah 12,113 patung.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca