Dalam setiap satu gambar terkandung beribu maksud yang ingin disampaikan.
Terkadang sebuah gambar memiliki kekuatan emosi yang mampu menyentuh hati.

Kami kongsikan karya koleksi kolaj digital yang dihasilkan oleh Ugur Gallen iaitu seorang artis seni dari Turki.

Beliau telah menghasilkan gabungan gambar yang mempunyai komposisi yang serupa tetapi menceritakan kisah yang berbeza di antara kesengsaraan di negara-negara yang dilanda perang dengan keselesaan di negara Barat.

Setiap gambar di bawah ini mempunyai ceritanya tersendiri:

Gambar di atas memperlihatkan dua orang kanak-kanak Afghanistan yang bertongkat kerana tidak mempunyai sebelah kaki. Mereka ini antara kanak-kanak yang terkena bom ketika berjalan mahu ke sekolah. Kanak-kanak ini menemukan bom yang tidak dapat dilihat dengan penglihatan yang biasa di  mana peperangan di antara Taliban dan pasukan kebangsaan yang disokong oleh AS masih berlaku.


Salem Saoody seorang bapa berusia 30 tahun yang sedang memandikan anak perempuan dan anak saudara perempuannya di dalam tab mandi di bahagian sisa rumah mereka yang rosak selepas serangan udara tentera Israel ke atas Gaza pada 2015.


Seorang pelarian Syria membawa anak perempuannya ke sempadan Greece dengan Macedonia pada tahun 2015. Di manakah ibu anak tersebut? Mungkin ibunya itu terbunuh dalam serangan udara atau peluru di Syria. Mungkin juga tenggelam di laut.


Seorang wanita Afghanistan duduk di sebelah anak yang cedera selepas menerima rawatan di Hospital Kanak-kanak Indira Gandhi selepas serangan bom yang kuat di Kabul.


Pada bulan Disember 2005 di selatan Sudan, seorang lelaki meminum air dari Sungai Akuem, berhampiran kampung Malual Kon di Bahr El Ghazal. Hanya kira-kira satu pertiga daripada penduduk yang mempunyai akses kepada air minuman yang bersih. Ancaman penyakit bawaan air telah merebak apabila kepulangan orang pelarian selepas beberapa dekad perang saudara.


Sudahkah anda bersyukur hari ini? Bila anda melihat gambar-gambar ini, anda akan merasa terpukul kerana masih ramai orang yang hidupnya diuji lebih berkali-kali ganda. Sedangkan kita yang disini masih suka berkeluh kesah.

Jangan mengeluh tapi bersyukurlah. Jangan lupa doakan mereka yang kesusahan di sana.

“Belajar bersyukur, lalu kau pandai menghulur.”

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda