Koleksi Baju Raya Ini Pasti Buat Anda Bergaya Di Hari Raya

Koleksi baju-baju raya yang cukup menawan pada tahun 2020 ini sememangnya membuka mata dengan pelbagai rekaan dan idea daripada inspirasi unik si pereka baju tanah air.

Berpuluh-puluh ribu jenis rekaan baju kurung telah dihasilkan dan apa yang menyerlahkan keunikan baju tersebut adalah idea serta inspirasi rekaan baju dan dari situ, pembeli akan jatuh hati dengan sentuhan idea kreatif dan sekali gus membeli baju tersebut tanpa berfikir panjang.

Antara rekaan baju-baju yang cukup popular adalah baju yang berinspirasikan kurung moden yang cukup simple dan sesuai digayakan pada hari raya.

Jom kita lihat koleksi-koleksi baju rekaan terbaru keluaran Aidilfitri untuk tahun 2020 pilihan dari ZALORA:

ZALORA adalah sebuah platform membeli-belah buat wanita yang sangat popular di Malaysia. Pembelian melalui secara atas talian di laman web rasmi zalora.com.my, menampilkan pelbagai rekaan terbaru Aidilfitri 2020 yang kelihatan cukup anggun dan menarik.

Buat mereka yang sukakan baju kurung yang tampak ringkas tetapi menarik, LUBNA COLLECTION ada jawapannya. Anda boleh pilih rekaan yang mempunyai riben seperti gambar di kiri. Ia akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus. Di samping itu, bagi mereka yang sukakan warna yang sedikit cerah dan ingin tampil menyerlah berbanding orang lain, anda boleh pilih rekaan baju di gambar kanan.

Untuk mereka yang ingin tampil sedikit bergaya, rekaan beropol di bahagian kain itu amat sesuai dan menarik. Namun, jika tidak ingin terlalu menyerlah tetapi masih kelihatan bergaya, anda boleh memilih baju kurung dan rekaan kain duyung seperti gambar kanan.

Setiap wanita inginkan kelainan di hari lebaran. Rekaan corak bunga kecil-kecil seperti gambar di kiri amat sesuai digayakan oleh para wanita. Ini akan menyerlahkan lagi ciri-ciri feminin si pemakai. Lubna Ruched Sleeved Kurung di gambar kanan amat menonjolkan lagi diri anda apabila berada di khayalak ramai.

Harga yang ditawarkan oleh Lubna Collection dari Zalora adalah sangat berpatutan. Dengan berharga tidak melebihi RM100 anda sudah boleh memiliki sepasang baju kurung yang cantik dan bergaya.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya sekarang. Untuk melihat rekaan-rekaan lain, anda boleh klik di sini.

Selamat membeli-belah!

Artikel Lain Untuk Di Baca