Search
Close this search box.

Koleksi Baju Kurung Moden Rekaan Jentayu Bravo Istimewa Untuk Raya 2021

Ramadan sudah tiba dan pastinya ramai daripada anda sudah tercari-cari baju kurung raya 2021 untuk dipakai pada hari lebaran nanti. Kali ini, kita akan menyambut Syawal buat kali kedua dalam pandemik COVID-19.

Namun, itu bukan penghalang bagi anda untuk kekal bergaya pada hari Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Seiring dengan perkembangan zaman, Jentayu Bravo membawakan anda puluhan fesyen baju kurung moden 2021 yang mampu membuatkan setiap wanita tampil menawan bukan sahaja pada hari raya malah ia juga sesuai dipadankan dengan apa jua majlis termasuklah majlis pertunangan dan perkahwinan.

Ditubuhkan sejak 2013, Jentayu Bravo sudah menghasilkan lebih ratusan rekaan busana wanita yang terdiri daripada baju kurung dan kebaya. Yang pasti semua rekaannya sentiasa memukau mata dan hati peminat fesyen dengan design yang lain dari yang lain.

Berikut kami kongsikan Koleksi Raya 2021 keluaran Jentayu Bravo:

Mellisa

Diperbuat daripada kain moss crepe premium, Mellisa dilengkapkan sekali dengan lace di bahagian depan baju kurung. Potongan kurung moden pada busana ini mampu memberikan anda gaya fesyen terkini.

Material kain diperbuat dengan organza dan moss crepe di bahagian dalam memberikan efek tidak jarang pada kain. Tambah lagi dengan horsehair net bagi memberikan efek beralun yang membuatkan sesiapa yang memakai Mellisa tampil menawan.

Sesuai untuk pelbagai saiz badan, kain kurung Mellisa direka dengan getah elastik penuh. Tidak lupa juga, terdapat zip di bahagian belakang baju untuk memudahkan ia dipakai. Mellisa juga bersifat mesra wuduk di mana terdapat zip di bahagian lengan.

Anda boleh mendapatkan Mellisa dalam lapan jenis warna iaitu baby blue, emerald green, maroon, nude brown, navy blue, dusty pink dan white.

Untuk mendapatkan Mellisa, anda boleh klik SINI.

Elviena

Ingin kelihatan elegan? Elviena pilihan yang tepat untuk anda. Rekaan kurung moden dengan potongan peplum ini pasti membuatkan si pemakai kelihatan menyerlah.

Baju kurung moden ini diperbuat daripada kain cotton yang stretchable mampu memberikan anda keselesaan sepanjang hari. Jadi, bila pakai Elviena, anda boleh menjamu selera hidangan raya dengan senang hati.

Terdapat juga zip di bahagian belakang dan di bahagian lengan yang membuatkan Elviena senang dipakai dan mesra wuduk.

9 warna menawan anda boleh pilih yang terdiri daripada emerald green, maroon, baby blue, dusty pink, mustard, navy blue, white, grey dan beige.

Anda boleh dapatkan Elviena dengan hanya klik di SINI.

Luthia

Kepada penggemar baju lace, anda wajib memiliki Luthia di mana ia diperbuat daripada french lace premium yang diserikan lagi dengan hiasan manik.

Kurung Luthia ini sesuai terutamanya untuk para ibu di luar sana di mana ia terdapat zip di bahagian hadapan yang membuatkan busana ini mesra menyusu.

Memang suatu kombinasi yang anggun di mana kurung lace ini dipadankan dengan kain batik pleated.

Luthia mempunyai 10 pilihan warna yang anda boleh pilih iaitu dark mocha, blush pink, dusty pink, emerald green, grey, lilac, maroon, mustard, navy blue dan nude brown.

Anda berminat untuk dapatkan Luthia? Klik SINI untuk pembelian.

Azira

Tampil jelita dengan Azira di mana kurung moden ini dilengkapi dengan kain batik pario. Diperbuat daripada glitter tulle lace sekali dengan sulaman dan manik, kurung moden ini unik dengan gaya leher-V.

Azira terdapat dalam dua jenis saiz iaitu M dan L.

Disediakan sekali buckle berwarna perang, ia membuatkan pemakaian pario menjadi lebih mudah dan cepat.

Terdapat 10 pilihan warna iaitu baby blue, creme gold, dusty gold, dusty grey, dusty nude, dusty purple, emerald green, maroon, navy blue dan dusty mocha.

Untuk dapatkan Azira, anda boleh klik SINI.

Arina

Kepada peminat peplum, Arina pilihan yang terbaik untuk anda. Dengan kecantikan tulle lace sulaman, anda pasti kelihatan menawan apabila mengenakan busana ini pada hari raya mahupun majlis keraian yang lain.

Anda boleh pilih untuk mengenakan waist band bagi menampakkan bentuk badan ataupun lebih gemarkan pemakaian yang longgar. Yang pastinya, Arina memberikan anda kebebasan bergaya mengikut cita rasa anda.

Tambahan pula, kain batik pario juga merupakan kombinasi yang cukup ideal digayakan dengan rekaan kurung moden peplum ini.

Kurung moden Arina ini boleh didapati dalam 9 pilihan warna yang terdiri daripada baby pink, berry pink, dusty grey, dusty nude, dusty purple, dusty turquoise, glam gold, mint green dan red wine.

Anda ingin kelihatan anggun dengan Arina? Sila klik di SINI untuk dapatkannya.

Safiyya

Tampil anggun dengan Safiyya di mana ia diperbuat daripada material moss crepe yang dihiasi dengan sulaman lace dan labuci.

Safiyya datang dengan kain potongan ala mermaid dengan pinggang elastik. Tidak dinafikan lagi rekaan kurung moden ini dapat memikat pandangan ramai.

Rekaan yang simple dalam masa yang sama sangat menawan ini juga terdapat kain yang flowy yang diperbuat daripada material moss crepe dan horsehair.

Safiyya terdapat dalam 6 warna unggul termasuk baby blue, dusty pink, emerald green, maroon, navy blue dan nude brown.

Anda boleh order Safiyya di SINI.

Madeha

Selain itu, rekaan kurung moden Madeha juga pilihan ideal bagi sesiapa yang menginginkan gaya yang simple dan kelihatan mewah pada hari raya dan majlis lain-lain.

Direka dengan material denim cotton yang strechable dihiasi lace di bahagian hadapan, ia pastinya membuatkan anda rasa selesa menikmati juadah raya dalam masa yang sama masih kekal bergaya.

Dilengkapi dengan zip di bahagian belakang dan zip mesra wuduk di bahagian lengan.

Dengan potongan slim-fit dan kain yang elastik, Madeha sesuai dipakai untuk semua wanita di luar sana yang ingin kelihatan ramping.

Madeha terdapat dalam 8 warna menarik iaitu yellow, white, navy blue, maroon, emerald green, grey, black dan dusty pink.

Klik SINI untuk dapatkan Madeha.

Tihani

Ingin kelihatan mewah dan menawan pada hari raya? Tihani lah jawapannya. Diperbuat daripada material moss crepe yang diserikan lagi dengan lace eksklusif, rekaan kurung moden ini juga dihiasi dengan manik swarovski yang mampu membuatkan sesiapa sahaja kelihatan unggul.

Tihani datang dengan potongan kurung Pahang dan kain potongan mermaid. Tidak lupa juga puff shoulder yang seiring dengan trend fesyen masa kini yang membuatkan anda tampil mewah dan trendy.

Terdapat zip di bahagian belakang dan juga zip mesra wuduk di bahagian lengan.

Rekaan kurung moden yang unggul ini terdapat dalam 9 pilihan warna yang terdiri daripada white, maroon, emerald green, mustard, navy blue, black, cream, dusty pink dan dusty green.

Untuk mendapatkan Tihani, anda boleh klik di SINI.

Menarik bukan? Apabila anda mengenakan busana raya daripada Jentayu Bravo, pasti akan membuatkan hari raya lebih indah dengan penampilan anda yang cukup jelita dengan rekaan baju kurung moden yang lain daripada rekaan baju lain.

Baju nikah simple dan elegan sememangnya menjadi ikutan ramai pada masa kini. Satu perkara yang menarik tentang busana keluaran Jentayu Bravo adalah ia mempunyai rekaan moden tetapi cukup simple untuk digayakan sebagai baju nikah, sanding dan tunang pada masa yang sama.

Ada yang kecewa baju nikah mereka hanya boleh dipakai sekali seumur hidup sahaja. Selepas majlis istimewa berkenaan, busana itu dibiarkan terperap sahaja di dalam almari untuk bertahun-tahun lamanya. Atas sebab itu, anda dapat lihat ramai yang lebih selesa membeli baju nikah simple supaya ia boleh dipakai untuk satu tempoh yang lama.

Jentayu Bravo mengambil inisiatif untuk menghasilkan baju nikah simple dan elegan di mana ia bukan sahaja sesuai untuk kegunaan harian tetapi boleh digayakan dalam majlis akad nikah, tunang dan bersanding.

Bagi yang mencari baju tunang simple dan murah, busana keluaran Jentayu Bravo tawarkan pelbagai pilihan untuk anda baik dari segi fabrik dan warna. Harga baju juga sangat murah dan berpatutan memandangkan busana mereka dihasilkan dengan fabrik terbaik seperti organza dan moss crepe.

Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan busana keluaran Jentayu Bravo dipilih dengan cukup teliti oleh pemilik sendiri supaya para pelanggan akan dapat baju tunang simple dan murah yang selesa dan boleh dipakai untuk satu tempoh masa yang agak panjang. Selain digayakan ketika majlis pertunangan, fabrik baju kurung moden ini mudah digosok jadi ia boleh dipakai setiap hari.

Baju tunang Jentayu Bravo ini cukup simple dan murah serta pastinya akan membuatkan anda berasa selesa sepanjang majlis anda berlangsung.

Untuk pengetahuan anda, semua kurung moden dalam artikel ini juga memang sesuai untuk mereka yang sedang mencari baju sanding simple.

Fabriknya yang selesa, lembut dan mudah digosok ini juga mendapat tempat tinggi dalam hati para pencinta baju sanding simple kerana ia mempunyai rekaan yang menawan tetapi boleh digayakan dalam pelbagai majlis.

Sekiranya anda atau kenalan sedang mencari baju sanding simple tetapi elegan secara dalam talian, Jentayu Bravo tawarkan pelbagai rekaan dan fabrik terbaik supaya anda dapat kekal bergaya dan sentiasa selesa pada masa yang sama.

Dalam erti kata lain, semua busana keluaran Jentayu Bravo memang 2-in-1 jadi anda tidak perlu beli pakaian baharu untuk majlis bersanding, tunang dan akad nikah. Anda sebaliknya boleh menggunakan baju kurung moden keluaran Jentayu Bravo untuk digayakan ketika majlis-majlis istimewa.

Jadi, serikan diri anda pada bulan Syawal tahun 2021 ini dengan mendapatkan baju kurung moden yang trendy rekaan Jentayu Bravo di SINI.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Koleksi Kebaya dari Jentayu Bravo pula, anda boleh baca artikel penuh di SINI. Sekiranya anda berminat untuk menjadi team dropship Jentayu Bravo, anda juga boleh klik di pautan INI.

Anda juga boleh ikuti akaun media sosial Jentayu Bravo di Instagram, Facebook dan Twitter.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Jentayu Bravo, anda boleh klik pada pautan ini:

Artikel Lain Untuk Di Baca