Koleksi Baju Kebaya Moden Rekaan Jentayu Bravo Istimewa Raya 2021

Pada tahun ini, masyarakat Islam akan bersama-sama menyambut bulan Syawal seawal Mei. Jadi tidak hairanlah jika ada di antara anda sudah tercari-cari baju raya 2021 untuk digayakan pada hari lebaran nanti.

Yang pastinya, raya kali ini akan disambut dalam pandemik COVID-19 sekali lagi selepas tahun yang lalu. Namun, ia bukanlah penghalang bagi anda untuk kekal bergaya pada hari Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Seiring dengan peredaran zaman, Jentayu Bravo sekali lagi membawakan khas untuk peminat kebaya di luar sana puluhan rekaan kebaya moden 2021 yang mampu membuatkan setiap wanita tampil menawan bukan sahaja pada hari lebaran, malah sesuai juga untuk digayakan pada apa jua majlis termasuklah majlis pertunangan dan perkahwinan.

Sebelum ini, kami ada kongsikan tentang baju kurung moden 2021 rekaan Jentayu Bravo yang telah mendapat banyak maklum balas positif di media sosial.

Kali ini, kami bawakan pula kepada anda koleksi kebaya moden 2021:

Odelia

Menampilkan gaya moden dan anggun, Odelia diperbuat daripada material cotton yang strechable yang dilengkapkan sekali dengan lace eksklusif dan manik Swarovski di bahagian hadapan dan juga lengan.

Sesuai juga untuk pelbagai jenis saiz, Odelia memberikan anda keselesaan dengan kain skirt yang elastik penuh dan diperbuat daripada strechable cotton. Yang pastinya menjadi pilihan tepat untuk anda pakaikan semasa menjamu hidangan raya di rumah-rumah.

Terdapat juga zip di bahagian belakang untuk memudahkan pemakaian dan di bahagian lengan yang menjadikan Odelia mesra wuduk.

Anda boleh mendapatkan Odelia dalam 8 jenis warna menarik iaitu baby blue, white, navy blue, maroon, grey, dusty pink, cream dan black.

Dapatkan Odelia dengan klik di SINI.

Nikita

Nikita merupakan pilihan yang tepat bagi sesiapa yang mahukan penampilan mewah dan menawan hati setiap mata yang memandang. Dengan material strechable cotton yang diserikan lagi dengan lace eksklusif, ia mampu membuatkan anda tampil mewah dengan manik Swarovski di bahagian hadapan dan juga lengan.

Skirt potongan mermaid yang mempunyai waistband berelastik penuh membuatkan sesiapa sahaja mampu bergaya dengan Nikita dengan selesa.

Nikita juga bersifat mudah dipakai dan mesra wuduk di mana ia terdapat zip yang terletak di bahagian belakang dan lengan. Terdapat dalam 9 warna unggul yang terdiri daripada white, navy blue, mustard, maroon, grey, emerald green, dusty pink, black dan baby blue.

Anda boleh mendapatkan Nikita dengan order di SINI.

Aleesya

Buat peminat tegar lace, Aleesya adalah pilihan ideal untuk anda di mana ia direka dengan material French Lace dan full cotton lining. Anda tidak perlu risau tentang keselasaan kerana lace yang digunakan untuk Aleesya tidak membuatkan kulit rengsa selain materialnya sangat lembut serta sejuk.

Sesiapa yang sukakan rekaan autentik kebaya dan dalam masa yang sama ingin kelihatan elegan gaya moden, sudah semestinya Aleesya adalah baju raya terbaik untuk anda kerana potongan bajunya yang berkonsepkan kebaya tradisional.

Aleesya mempunyai zip di bahagian hadapan serta bahagian lengan yang mesra wuduk. Terdapat 7 warna yang boleh dipilih iaitu baby blue, maroon, yellow, navy blue, black, mint dan white.

Anda boleh mendapatkan Aleesya di SINI.

Quera Cape Kebaya

Tampil bergaya klasik dalam masa yang sama tampak moden dengan Quera. Diperbuat daripada top material cotton yang strechable, Quera direka dengan potongan ribbon cape peplum yang membuatkan anda merasai aura zaman 60-an tapi masih tampil moden seiring dengan fesyen terkini.

Skirt Quera pula diperbuat daripada material cotton strechable yang dilekap dengan organza net dan horsehair net bagi memberikan efek beralun dan lebih menyerlah.

Quera juga terdapat zip di bahagian belakang dan juga zip mesra wuduk di bahagian lengan.

Terdapat dalam 8 warna ekslusif termasuk mustard, navy blue, dusty pink, white, dusty pink, white, dusty green, grey, maroon dan baby blue.

Kebaya klasik lagi moden ini boleh didapati di SINI.

Fanna

Satu lagi rekaan yang mampu memikat hati sesiapa sahaja, Fanna membuatkan anda tampil eksklusif dengan material moss crepe dan lace. Dengan potongan kebaya moden, Fanna sungguh menyerlah apabila dipadankan juga dengan skirt potongan mermaid yang mempunyai waistband berelastik penuh.

Sesuai buat sesiapa sahaja yang menginginkan penampilan jelita di hari raya mahupun apa jua majlis keraian. Terdapat juga zip di bahagian belakang dan lengan yang menjadikan Fanna mudah dipakai serta mesra wuduk.

Fanna boleh didapati dalam 8 pilihan warna iaitu navy blue, maroon, mustard, dusty green, white, baby blue, black dan dusty pink.

Dapatkan Fanna dengan klik di SINI.

Nerra

Ingin tampil ekslusif di hari raya? Nerra juga merupakan satu lagi pilihan yang tepat daripada koleksi Raya 2021 Jentayu Bravo. Diperbuat daripada material moss crepe sekali dengan lace eksklusif, Nerra sesuai untuk digayakan bukan sahaja pada hari raya malah boleh juga dipadankan di majlis keraian yang lain.

Sesuai untuk pelbagai jenis saiz badan, terdapat waistband berelastik pada kain yang diperbuat dengan potongan mermaid. Tambah elegan lagi apabila Nerra dilengkapi dengan tulle net dan lace di bahagian skirt.

Paling penting, Nerra juga lengkap dengan zip di bahagian hadapan serta zip mesra wuduk di bahagian lengan.

Kebaya eksklusif ini datang dengan 8 pilihan warna yang terdiri daripada rose pink, lavender, yellow, maroon, mint, black, baby blue dan navy blue.

Anda boleh dapatkan Nerra di SINI.

Shakera

Tampil jelita dengan Shakera di mana busana ini diperbuat daripada material strechable cotton yang dihiasi dengan lace eksklusif meliputi bahagian dada hinggalah bahagian bahu.

Rekaan ini juga sesuai dipakai oleh semua jenis saiz badan di mana skirt Shakera ini direka dengan material cotton strechable di bahagian dalam dan net di bahagian luar. Yang penting, waistband skirt ini berelastik penuh yang akan memberikan anda keselesaan untuk bergerak sepanjang hari raya.

Terdapat dalam 8 jenis warna yang terdiri daripada baby blue, mustard, emerald green, maroon, white, black, navy blue dan dusty pink.

Kebaya jelita ini boleh anda dapatkan di SINI.

Sutira

Satu lagi rekaan kebaya lace oleh Jentayu Bravo, Sutira merupakan pilihan tepat untuk sesiapa yang sukakan gaya simple. Diperbuat daripada material French lace, Sutira sesuai untuk setiap golongan umur.

Rekaan Sutira yang simple ini diunggulkan lagi dengan skirt potongan mermaid yang dihiasi dengan horsehair net di bahagian bawah bagi membuatkan penampilan si pemakai lebih menyerlah.

Sutira turut mempunyai zip di bahagian belakang dan juga zip mesra wuduk di bahagian lengan. Rekaan kebaya simple lagi menawan ini terdapat dalam 8 pilihan warna iaitu mustard, dusty mint, grey, royal blue, dusty pink, maroon, black dan dusty blue.

Untuk mendapatkan Sutira, anda boleh klik di SINI.

Bellarina

Anda sukakan gaya yang simple, Bellarina pilihan yang ideal di mana rekaan baju kebaya yang berbentuk scallop pada bahagian lengan dan kelim baju, membuatkan anda tampil menawan dengan gaya yang cukup minimalis.

Bellarina juga sesuai buat para ibu di luar sana di mana ia terdapat zip di bahagian hadapan baju menjadikan Bellarina mesra menyusu. Busana ini turut dilengkapi dengan kain batik pario.

Anda tidak perlu ikat dan lilit, tinggal sarung sahaja kerana pario Bellarina diperbuat dengan waistband berelastik pada bahagian belakang. Memang menjimatkan masa anda untuk bersiap untuk hari raya mahupun majlis lain-lain.

Untuk mendapatkan Bellarina, anda boleh klik di SINI.

Menarik bukan? Koleksi kebaya daripada Jentayu Bravo ini pasti akan membuatkan keraian Syawal anda lebih indah dengan tampil menggayakan busana raya yang cukup unik dan lain daripada yang lain.

Jadi, serlahkan keanggunan diri anda pada hari raya tahun 2021 ini dengan mendapatkan baju kebaya moden yang cukup memukau rekaan Jentayu Bravo di SINI.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Koleksi Kurung dari Jentayu Bravo, anda boleh klik di SINI. Sekiranya anda berminat untuk menyertai team dropship Jentayu Bravo, anda boleh baca artikel penuh di SINI.

Anda juga boleh ikuti akaun media sosial Jentayu Bravo di InstagramFacebook dan Twitter.

Sebelum ini, kami juga ada menulis tentang Koleksi Baju Kurung Moden 2021 rekaan Jentayu Bravo. Untuk membaca artikel penuh, sila klik di pautan bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca