Kolek Berusia 1,000 Tahun Ditemui

Sebuah sampan kayu atau kolek yang digunakan oleh Maya purba dan dianggarkan berusia lebih 1,000 tahun telah ditemui hampir sepenuhnya utuh di selatan Mexico.

Berukuran lebih daripada 5 kaki (1.6 meter) panjang dan 2.5 kaki (80 cm) lebar, kolek ini ditemui semasa pekerja meninjau kawasan sekitar cenote sebagai sebahagian daripada projek Kereta Api Maya yang diperjuangkan oleh Presiden Andrés Manuel López Obrador.

Gambar oleh: INAH

Cenote ialah kolam air tawar yang ditemui berhampiran tinggalan Chichén Itzá yang dahulunya sebuah bandar Maya yang terkenal dengan kuil yang diukir indah dan piramid yang menjulang tinggi.

Terdapat beribu-ribu cenote di semenanjung Yucatán Mexico.

Gambar oleh: Emma Shaw

Menurut kenyataan dari Institut Antropologi dan Sejarah Mexico (INAH), kolek itu mungkin digunakan untuk menyampaikan air daripada cenote atau berfungsi sebagai hadiah ritual.

Institusi tersebut mencirikan penemuan luar biasa itu sebagai “kolek lengkap pertama jenis ini di kawasan Maya,” dengan saintis dari Universiti Sorbonne Paris membantu penyiasatan kayu untuk menentukan umur dan jenisnya.

Sebelum ini, hanya serpihan kolek itu ditemui di Guatemala dan Belize.

Kolek itu dianggap telah dibuat antara 830 dan 950 masihi, berhampiran penghujung era klasik tamadun Maya, apabila berpuluh-puluh bandar berkembang maju merentasi selatan Mexico dan Amerika Tengah moden, disertai dengan penemuan penting manusia dalam matematik, penulisan dan seni.

Menjadi lokasi beberapa masyarakat pra-Hispanik seperti Aztec dan Maya berkembang, tidak pelik apabila penemuan arkeologi adalah perkara biasa yang berlaku di Mexico

Pada September lepas, bangkai tangga ditemui dalam piramid di Zon Arkeologi Xochitecatl.

Pada Januari lalu pula, pihak berkuasa mengumumkan terdapat lebih 8,000 objek arkeologi ditemui di empat bahagian pertama pembinaan Kereta Api Maya.

Penemuan ini menambah lagi koleksi-koleksi penemuan lain dari serata dunia yang mana semuanya menceritakan kisah tentang kita, manusia.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca