Kolam Air Jernih Di Kampung Ini Menjadi Lokasi Hangat Untuk ‘Selfie’

Adakah anda suka selfie? Jika anda berasa swafoto di atas darat sudah terlalu mainstream, apa kata cuba mencari kelainan dengan bergambar di bawah air pula.

Umbul Ponggok ini bukan kolam biasa-biasa. Malah kolam ini siap ada akaun laman Instagram sendiri dengan puluhan ribu followers. β€˜Prop’ turut disediakan di dalam kolam untuk para pengunjung bergambar.

Airnya jernih membiru sebab dibekalkan oleh mata air di dasar kolam dan menjadi tempat yang menyeronokkan untuk berenang dan menyelam. Lokasi ini terletak di Jawa Tengah, Indonesia.

15 tahun lalu, kampung Ponggok ini mundur dan miskin. Kadar pengangguran tinggi dan rata-rata penduduk melangsungkan kehidupan dengan berkebun dan aktiviti perlombongan di kuari berdekatan. Kolam di kampung itu pula tercemar dan keruh sebab di situlah penduduk mandi, basuh baju dan membuang isi perut.

Kini, kampung yang sama menjadi antara 10 tempat terkaya di Indonesia, pengangguran hampir tidak wujud lagi kerana sektor pelancongan membantu ekonomi penduduk tempatan. Terima kasih kepada Umbul Ponggok dan Instagram.

Namun usaha pemuliharaan kolam ini sehingga menjadi seperti hari ini kredit kepada Junaedi Mulyono yang mula mengambil inisiatif untuk menukarkan Ponggok menjadi kawasan tarikan pelancongan selepas terpilih sebagai ketua kampung pada tahun 2006.

Dia membawa masuk ramai pelajar universiti dan meminta mereka untuk membuat sebuah pangkalan data tentang masalah, solusi dan potensi sumber alam kampung tersebut.

Berdasarkan informasi yang diberikan oleh para pelajar, Junaedi mengasaskan sebuah badan perniagaan milik kampung tersebut yang dinamakan Tirta Mandiri. Dia meminta agar penduduk di situ melabur dan berjanji mereka akan mendapat pulangan dalam masa beberapa tahun.

Kira-kira 700 buah keluarga di Ponggok keberatan untuk mengikut nasihatnya manakala 430 lagi bersetuju untuk menjadi pelabur. Mereka yang pada mulanya enggan mula menukar fikiran selepas melihat Umbul Ponggok dibersihkan dan ramai pelancong mula datang.

Setiap keluarga yang melabur 5 juta rupiah dalam Tirta Mandiri mendapat pulangan 400,000 hingga 500,000-rupiah sebulan sejak 10 tahun lalu. Pendapatan tambahan itu membantu para penduduk tempatan membaiki kualiti hidup mereka dan menyediakan pendidikan terbaik buat anak-anak.

Tirta Mandiri turut membuka rangkaian perniagaan lain yang berpusat di sekitar kolam tersebut, memerlukan tenaga pekerja dan menghapuskan pengangguran. Hasil ekonomi di Ponggok mencapai 80 juta rupiah setahun dan hari ini, mencecah 14 bilion rupiah.

Kini, ia menjadi salah satu lokasi yang β€˜pelancong-mesti-pergi’ jika datang ke Klaten, Jawa Tengah dan magnet Instagrammers yang mencari tempat paling best untuk bergambar.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca