Kolaborasi BTS dan McDonald’s Menjelajahi Hampir 50 Buah Negara

Siapa sahaja yang tidak kenal akan kumpulan BTS? BTS atau Bangtan Sonyeondan yang membawa maksud Bulletproof Boys Scouts, merupakan kumpulan K-Pop yang cukup terkenal dengan lagu-lagu hits mereka “Life Goes On”, “Dynamite”, “Boy With Luv”, dan banyak lagi. Nama BTS seringkali menjadi tumpuan orang ramai bukan sahaja di Korea Selatan, malah hampir ke serata dunia.

Baru-baru ini, McDonald’s telah memuatnaik sebuah poster di akaun-akaun rasmi media sosial Twitter, Instagram dan juga TikTok mereka yang mengumumkan bahawa kolaborasi antara BTS dan McDonald’s akan dilancarkan pada bulan Mei ini.

Ini bukanlah kali pertama McDonald’s berkolaborasi bersama artis-artis ternama. Pada tahun yang lalu, McDonald’s mengumumkan hidangan edisi terhad di bawah kolaborasi bersama Travis Scott dan J Balvin yang menarik tumpuan ramai orang.

Namun, pada tahun ini, McDonald’s melebarkan sayap mereka dengan bergabung bersama kumpulan K-Pop kesayangan ramai, BTS dalam melancarkan menu edisi terhad yang bakal menjelajahi hampir 50 buah negara dan merentasi enam buah kontinen di dunia.

Sumber: Allkpop

Menu edisi terhad yang dinamakan BTS Meal itu menawarkan sebuah set berisi 10 biji nugget yang dihidangkan bersama sos berperisa cili manis dan cajun yang merupakan resipi istimewa dari Korea Selatan, set kentang goreng dan air Coke bersaiz medium.

BTS Meal ini akan mula dijual di McDonald’s bermula dari 26 Mei bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi juga di 49 negara lain yang terpilih termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia, Kanada, Korea Selatan, Ukraine, Qatar dan banyak lagi.

Berita tentang kolaborasi ini telah menggemparkan ruangan-ruangan Twitter oleh orang ramai terutamanya para peminat BTS yang lebih dikenali sebagai Army.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca