Koala Dilanda ‘Kehausan’, Lelaki Ini Dikejar Semasa Berbasikal

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kebakaran hutan dengan skala yang besar di Australia. Hampir 149 kebakaran dilaporkan berlaku di beberapa bahagian di Queensland dan New South Wales.

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai seekor beruang koala yang mengejar sekumpulan ekspedisi berbasikal demi mendapatkan air minuman.

Video yang dimuat naik tiga hari lalu telah mendapat ribuan tontonan dan rata-rata warganet berasa simpati terhadap beruang koala tersebut.

@bikebug2019 berkata bahawa sewaktu kejadian tersebut dia dan beberapa ahli ekspedisi yang lain sedang melalui kawasan tersebut sebelum dikejar oleh haiwan kehausan itu.

Disebabkan suhu di kawasan tersebut telah mencecah 40 darjah selsius.

Beruang koala tersebut kelihatan sangat haus dan meneguk air minuman itu dengan rakus sekali.

Perkara ini dikatakan berlaku disebabkan oleh kebakaran hutan yang terjadi di kawasan tersebut sehingga menyebabkan banyak haiwan mati.

Semoga beruang koala dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.

Untuk membaca artikel yang berkaitan tentang beruang koala, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca