KMM Sahkan Kes Positif Koronavirus Libatkan Seorang Warganegara Malaysia

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad hari ini telah mengesahkan bahawa seorang lelaki warganegara Malaysia positif wabak Koronavirus.

Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura dari 16 sehingga 23 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama beberapa delegasi antarabangsa termasuk China.

Susulan pulang ke tanah air pada 23 Januari lalu, lelaki berkenaan walau bagaimanapun, pergi mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor usai enam hari menderita demam dan batuk.

Kini, mangsa telah dipindahkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh dan keluarga terdekat mangsa diletakkan dalam home survaillance selama 14 hari susulan kes berkenaan.

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan tiada pertambahan kes positif Koronavirus dikesan di Malaysia dalam tempoh lebih tiga minggu.

Kesemua kes positif sebelum ini adalah membabitkan warganegara China dan kontak rapat mereka.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus, sila klik pada pautan d bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca