Kluster Sivagangga, Kedai Nasi Kandar Di Kedah Ini Tidak Rekod Butiran Pelanggan

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Selepas pihak kerajaan membuat keputusan untuk kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), penularan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia juga kelihatan semakin terkawal.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia sebaliknya dikejutkan dengan kewujudan beberapa kluster baharu yang menyaksikan peningkatan dalam kes jangkitan.

Isu peningkatan jumlah kes COVID-19 secara mendadak akibat Kluster Sivagangga di Napoh, Kedah ini bertambah rumit apabila kedai nasi kandar itu didapati tidak merekod data pelanggan.

Memetik laporan Harian Metro, kedai nasi kandar tersebut bukan sahaja tidak menggunakan aplikasi MySejahtera ataupun merekod data pengunjung restoran itu menggunakan cara manual tetapi ia juga tidak mengambil suhu pelanggan sebelum mereka memasuki premis berkenaan.

Sumber: The Vocket

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan menerusi sidang medianya semalam bahawa cabaran yang dihadapi adalah untuk mengesan kontak rapat dengan ketiadaan MySejahtera atau aplikasi lain ataupun apa-apa jenis rekod yang biasanya digunakan pemilik kedai.

Pada masa yang sama, Dr. Noor Hisham menegaskan tindakan undang-undang perlu diambil terhadap individu yang menyebabkan peningkatan dalam kes COVID-19 di Kedah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Bagi yang masih keliru, kes indeks Kluster Sivagangga ini berpunca daripada seorang pemilik kedai makan yang pulang ke Malaysia dari India.

Walaupun menerima arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), pemilik kedai itu tidak mematuhi syarat-syarat perintah tersebut.

Apa-apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya negara ini boleh mencapai angka sifar COVID-19.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca