*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kemungkinan negara ini berdepan kluster super spreader di mana seorang individu yang berupaya menjangkiti ramai orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Individu Dalam Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah ini berkemungkinan untuk menjadi super spreader yang berkait dengan Genom 614 dari Mesir dan Pakistan.
Hal ini demikian kerana Kluster Sivagangga ini merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif lain.

“Apa yang kita lihat sekarang adalah kluster PUI Sivagangga ini merebak dengan cepat sejak ia mula dikesan berbanding dengan sembilan kluster aktif di Sarawak.
Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu Genom 614. Genom 614 ialah kluster super spreader dari Mesir dan Pakistan.
Besar kemungkinan ini adalah satu kluster super spreader tetapi kita kena jalankan ujian teliti terlebih dahulu,” jelasnya.
Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata kes indeks pertama bagi Kluster Sivagangga ialah seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu.
Walau bagaimanapun, ujian saringan COVID-19 di pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati individu itu negatif wabak tersebut.
Oleh itu, individu terbabit telah diarah untuk menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Namun, individu terbabit didapati tidak mematuhi syarat perintah berkenaan.
Apa-apa pun, anda dinasihati untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang masa supaya negara kita boleh mencapai sifar kes jangkitan virus COVID-19.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: