KONGSIKAN

Sempena Kempen ‘Silent Airport’ selepas ini tidak akan ada lagi sebarang pengumuman kedengaran di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA atau KLIA2.

Melalui satu post di laman Twitter, Malaysia Airlines mengumumkan langkah ini adalah sebahagian daripada kempen Silent Airport yang turut diamalkan di seluruh dunia. Ia akan dilaksanakan bermula 1 Disember.

 

 

Tiada pencemaran bunyi

Kempen Silent Airport adalah satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, di mana jumlah pengumuman menerusi pembesar suara dikurangkan.

Kebiasaannya, lapangan terbang antarabangsa akan dipenuhi dengan pelbagai bunyi seperti pengumuman pintu berlepas atau pengumuman yang tak begitu jelas daripada pelbagai bahasa.

 

Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.

Jadi selepas ini pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa alert dengan membaca maklumat penerangan di papan informasi terminal.

Kalau tidak tertinggal flight la jawabnya!