KKM Saran Untuk Lanjutkan Tempoh PKPP

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan bahawa wabak COVID-19 akan berlarutan dalam tempoh tidak kurang dari dua tahun. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Datuk Seri Dr. Adham Baba selaku Menteri Kesihatan Malaysia berkata bahawa tempoh dua tahun merupakan tempoh yang lama dan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19 termasuk melancarkan kempen pembudayaan normal baharu.

“Untuk PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos, pihak KKM telah membuat saranan kepada pihak MKN dan juga Perdana Menteri, supaya ia dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang kepada Perdana Menteri, untuk umumkannya dalam masa terdekat.

“Kita lihat di negara yang tertentu masih bergelut dengan kes meningkat manakala di negara kita, kita masih memperkukuhkan dan mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” jelas beliau.

Menurut Dr. Adham lagi, KKM akan terus melaksanakan kaedah Pengesanan Secara Aktif menerusi Aplikasi MySejahtera, dan buku rekod pelanggan, bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kluster COVID-19.

Untuk rekod, PKPP telah mula dilaksanakan sejak 10 Jun yang lalu.

Di bawah pelaksanaan PKPP, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat bagi menjalankan aktiviti harian dan ekonomi. Namun segala aktiviti itu tertakluk kepada SOP yang ditetapkan KKM.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca