Kiviak, Bangkai Burung Yang Dijadikan Makanan Tradisional Kaum Inuit

Makanan istimewa ini dikenali sebagai Kiviak iaitu bangkai burung spesis Auk yang dijadikan makanan tradisional kaum Inuit di Greenland ketika musim sejuk. Ia juga merupakan hidangan utama di dalam majlis perkahwinan dan hari jadi.

Oleh sebab musim sejuk terlalu panjang, penduduk di Greenland menghadapi kesukaran untuk keluar memburu. Maka, makanan tersebut akan diproses beberapa bulan lebih awal supaya menyenangkan mereka pada masa akan datang.

Kiviak ini akan diperam selama tujuh bulan dan ia akan dimasukkan ke dalam kulit anjing laut yang sudah diawet yang dibentuk menjadi guni.

Mereka juga memerlukan anggaran antara 400 hingga 500 ekor burung tersebut untuk melalukan proses membuat kiviak.

Guni tersebut akan ditekan berulang kali sehingga tiada udara yang boleh masuk di dalamnya. Kemudian, ia akan dijahit dan dibawa terus ke sebuah lubang dan ditindih dengan batu besar.

Menurut salah seorang penduduk, mereka tidak akan membuang bulu pelepah, bulu badan, paruh, kuku dan organ dalaman kerana makanan tersebut menjadi lebih sedap jika ia ditapai bersama.

Kiviak sudah boleh dikutip dan dimakan setelah musim sejuk tiba. Sebelum menjamahnya, mereka harus membuang bulu-bulu dan isi perut yang terdapat pada Kiviak itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca