Kisah ‘Urban Legend’ Crayon Shin Chan

Shin Chan-satu nama yang tidak asing lagi sekiranya anda pernah membaca komik atau menonton kartun siri Crayon Shin Chan di kaca TV suatu ketika dahulu.

Telatah nakal Shin Chan yang memeningkan kepala orang-orang di sekelilingnya itu memang mencuit hati.

Namun begitu, rupanya ada sebuah kisah sedih nan tragis di sebalik kewujudan crayon dalam cerita Shin Chan ini.

Hiroshi dan Misae mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan iaitu Shinnosuke dan Himawari. Mereka turut membela seekor anjing bernama Shiro. Keluarga bahagia Nohara ini tinggal di Kusakabe.

Suatu hari, Misae membawa anak-anaknya pergi ke pasar. Wanita itu sibuk membeli belah terutama semasa tengah sale dengan harga runtuh.

Tiba-tiba Shinnosuke ternampak Himawari melintas jalan raya tanpa pengawasan sesiapa. Shinnosuke berlari ke arah jalan tersebut bagi menyelamatkan dan mendapatkan adiknya.

Malangnya, sebuah kereta yang meluncur laju telah melanggar dua beradik itu dan mereka meninggal dunia di situ juga.

Hiroshi terkejut dengan khabar tersebut manakala Misae pula jatuh murung. Sejak kejadian itu, Misae sentiasa melukis gambar anak-anaknya dengan crayon sambil membayangkan bagaimana agaknya keadaan mereka sekiranya masih hidup.

Crayon yang pernah digunakan oleh Shinnosuke itu menjadi objek penghubung rasa rindu Misae pada anaknya yang sudah tiada.

Apabila sampai waktu, anjing mereka, Shiro yang selalu menemani Shinnosuke dan Himawari turut ikut menyusul anak-anak itu.

Beberapa tahun kemudian, Misae jatuh sakit. Doktor memberitahu Hiroshi yang Misae hanya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk hidup. Sebelum dia ‘pergi’, Misae meminta Hiroshi untuk terus melukis gambar-gambar Shinnosuke dan Himawari bagi melegakan penderitaan lelaki itu.

Seorang penulis dan artis manga Yoshito Usui melihat lukisan crayon itu dan insiden itu memberi inspirasi kepada Usui untuk buat manga bertajuk Crayon Shin-Chan sehingga menjadi fenomena.

Begitulah cerita urban legend Shin Chan yang berpusar di internet. Urban legend ini bermaksud cerita yang macam benar-benar berlaku tetapi tiada bukti asal usul yang jelas.  Kebanyakan genrenya pula adalah jenis dark, horror dan thriller.

Baca boleh, percaya tidak wajib 100%.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca