Pada tahun 1961, sekeping gambar telah ditangkap di perairan Bahamas yang menunjukkan seorang gadis muda terapung bersendirian di atas bot keselamatan kecil. Nicolaos Spachidakis, salah seorang pegawai anak kapal angkatan Greek yang dikenali sebagai Captain Theo ternampak Terry Jo melalui imbasan itu.

Dia telah mengimbas perairan Channel Providence Northwest, sebuah selat yang membelah 2 pulau utama di Bahamas dan salah satu daripada ribuan kapal putih kecil yang berlayar di jarak jauh telah menarik perhatian pegawai itu.

Di antara ratusan bot di perairan berkenaan, dia memberi tumpuan kepada titik terpencil itu dan menyedari ia terlalu besar untuk menjadi serpihan bangkai kapal tetapi terlalu kecil pula sebagai bot yang mahu bergerak jauh ke lautan.

Dia memaklumkan perkara itu kepada kapten yang kemudiannya meletakkan kapal yang dinaiki itu pada laluan yang bertemu dengan titik terpencil itu. Apabila mereka mendekati objek tersebut, mereka terkejut melihat seorang gadis berambut perang berumur 11 tahun terapung bersendirian di atas bot keselamatan kecil itu.

Salah seorang anggota kru kapal telah mengambil gambarnya yang mengenyitkan matanya di bawah sinar matahari terik, melihat ke arah kapal yang menyelamatkannya. Gambar itu telah dijadikan sebagai halaman depan majalah Life yang terkenal dan dikongsikan kepada seluruh dunia. Persoalannya ialah, bagaimana gadis kecil ini boleh berada di lautan bersendirian?

Kisah gadis itu bermula ketika ayahnya, seorang pakar optometris yang terkenal dari Green Bay, Wis iaitu Dr Arthur Dupperault telah menyewa sebuah kapal mewah bernama Bluebell untuk percutian keluarga mereka ke Bahamas.

Dia membawa bersama isterinya, Jean dan anak-anaknya iaitu Brian yang berumur 14 tahun, Terry Jo, 11 tahun dan Renee, 7 tahun. Dia juga membawa rakannya dan bekas tentera laut semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu Julian Harvey sebagai kapten untuk mengemudi kapal percutian itu. Turut serta adalah isteri baru Harvey iaitu Mary Dene.

Pada mulanya, percutian itu berjalan dengan lancar namun terdapat pergaduhan kecil di antara kedua-dua keluarga sepanjang 5 hari pertama perjalanan mereka.

Namun, pada malam ke-5 pelayaran itu, Terry Jo terjaga kerana terdengar bunyi jeritan dan tapak kaki yang kuat di geladak di atas kabin tempat dia tidur.

Dalam temu bual bersama wartawan, Terry Jo mengimbas kembali bagaimana dia naik ke atas untuk melihat apa yang berlaku dan dia melihat ibu dan abangnya terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah.

Dia kemudian melihat Harvey berjalan ke arahnya. Apabila dia bertanya apa yang berlaku kepadanya, dia bertindak menampar pipinya dan menyuruhnya turun ke bawah dek.

Terry Jo sekali lagi pergi ke atas geladak kapal apabila paras air mula naik. Dia berlari ke Harvey lagi dan bertanya kepadanya sama ada bot itu sedang tenggelam, lalu Harvey mengeyakan persoalan Terry Jo itu.

Harvey kemudian bertanya kepadanya sama ada dia telah melonggarkan ikatan kepada perahu yang dipasangkan pada kapal layar itu. Apabila dia memberitahunya sudah, Harvey terus melompat ke dalam perahu tersebut lalu meninggalkan Terry di kapal yang sedang tenggelam itu.

Ditinggal bersendirian, Terry Jo tiba-tiba teringat akan bot angin keselamatan tunggal di atas kapal itu dan menaiki bot kecil itu ke laut.

Tanpa makanan, air atau teduhan untuk melindunginya daripada cahaya terik panas matahari, Terry Jo menghabiskan 84 jam penyeksaan di lautan sebelum dia diselamatkan oleh Kapten Theo.

Tanpa pengetahuan Terry Jo, Harvey telah menenggelamkan isterinya dan menikam seluruh keluarga Terry Jo hingga mati.

Dia berkemungkinan telah membunuh isterinya untuk menebus insurans indemniti sebanyak $20,000 (RM83,698). Berkemungkinan besar juga ayah Terry Jo telah secara tidak sengaja terlihat dia membunuh isterinya, lalu Harvey bertindak untuk membunuh ayah Terry Jo dan kemudian seluruh keluarganya.

Dia kemudiannya menenggelamkan kapal layar percutian itu dan melarikan diri bersama perahu kecil dengan mayat isterinya yang lemas sebagai bukti. Perahu yang dia naiki telah ditemui oleh kapal pengangkut di Gulf Lion dan dibawa ke kawasan US Coast Guard.

Harvey memberitahu pegawai di situ bahawa kapal layar yang dinaikinya telah rosak semasa dia berada di perahu tersebut. Dia masih bersama pegawai itu apabila dia mendengar berita bahawa Terry Jo telah diselamatkan.

Harvey dilaporkan tergamam ketika mendengar berita itu. Keesokan harinya, Harvey bertindak membunuh diri di bilik motelnya di mana dia telah mengelar paha, buku lali dan tekaknya sendiri dengan menggunakan pisau cukur.

Sehingga hari ini, sebab mengapa Harvey memutuskan untuk membiarkan Terry Jo hidup masih tidak diketahui.

Penulis

  • Sumayyah Sulaiman adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda