Kisah Sebenar Di Sebalik Misteri ‘Istana’ Bunian Di Kelantan

Biasanya bila dengar mengenai ‘bunian’ pasti akan membuatkan bulu roma kita berdiri tegak. Malah, pelbagai cerita kita biasa dengar mengenai makluk ‘bunian’ ini. Ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya.

Bangunan yang dikatakan Istana Bunian ini terletak di Kampung Tok Burung, Bachok, Kelantan dan telah terbina sejak tahun 1987 lagi.

Persoalannya, adakah istana ini dimiliki dan dihuni oleh makhluk bunian?

Jawapannya tidak. Istana Bunian ini sebenarnya dimiliki dan dibina sendiri oleh Hashim Abd Rahman. Beliau merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti.

Istana ini dikelilingi rumah kampung yang lain cuma yang membezakannya adalah seni bina bangunan yang agak seram dan kelihatan seperti rumah yang tidak siap.

Istana 2 tingkat ini mempunyai 7 buah kolam dengan rekaan yang unik. Jika anda masuk ke rumah itu pastinya anda akan terbayang seakan-akan berada di dalam gua yang mempunyai bermacam-macam bentuk dan ukiran pada setiap dinding.

Bangunan ini dikatakan diberi nama Istana Bunian kerana reka bentuk ukiran halus bangunan itu yang cantik dan indah. Setiap reka bentuk dalam istana ini diperbuat daripada simen dan diukir mengikut kreativiti Hasyim sendiri.

Dipercayai sehingga kini kos pembinaan istana tersebut telah mencecah sebanyak Rm1.5 juta.

Jika anda mahu melihat keunikan Istana Bunian ini dengan sendirinya, silah pergi ke Kampung Tok Burung, Bachok, Kelantan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca