Cerita dan resipi yang dikongsikan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram baginda sering menjadi tumpuan ramai.
Bukan sahaja rakyat Malaysia boleh belajar pelbagai resipi masakan tradisional dan moden daripada @airtangan_tunkuazizah, Raja Permaisuri Agong turut berkongsi pengalaman dan kisah silam baginda yang menjadi pedoman kepada para pembaca.
Baru-baru ini, Raja Permaisuri Agong memuat naik sebuah perkongsian yang menunjukkan kesan melecur pada tangannya.
Tunku Azizah mula membuka cerita tentang bagaimana baginda mula belajar memasak menerusi ruangan kapsyen, “Biasalah, kita bukan seorang tukang masak kalau tidak pernah terkena periuk panas atau minyak, pisau, luka dan wap semasa memasak.
Saya masih ingat selalu kena halau keluar daripada dapur istana semasa kecil! Che Lok, Mak Lamah, Ku Comel dan Kak Cik selalu berkata dekat saya, ‘Anak raja, sila keluar dapur! Nanti parut/bertanda apabila bersanding.’
Saya suka mengganggu mereka masak. Disebabkan itu, mereka meminta bantuan saya untuk kupas bawang, kentang dan petik taugeh. Saya belajar memasak daripada situ. Mereka akan tunjuk kepada saya cara-cara, petua dan resipi.”
Tunku Azizah turut berkata bahawa Che Lok, Mak Lamah, Ku Comel dan Kak Cik akan berbisik kepadanya, “Jangan ajar adik-beradik lain.”
Tambahnya, “Saya pula rajin bawa buku nota, suka bertanya dan selalu menulis resipi-resipi tersebut. Semua tukang masak sayang saya kerana saya suka tolong mereka. I was their favourite princess.”
View this post on InstagramA post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on
Pelbagai juadah dan resipi menarik seperti halwa maskat, kek buah dan puding boleh dilihat di akaun masakan baginda.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Raja Permaisuri Agong, anda boleh klik pada pautan di bawah: