Kisah Pony, Orang Utan Yang Diculik Sejak Kecil Dan Dipaksa Menjadi ‘Pemuas Nafsu’ Di Indonesia

Tidak berperikemanusiaan.

Suatu ketika dahulu, kisah orang utan ini pernah menggemparkan ramai orang. Dikenali sebagai Pony, haiwan malang ini diculik secara fizikal dan seksual sebelum berjaya diselamatkan.

Pony telah diculik dan dipisahkan dari ibunya. Penculik berkenaan kemudiannya menyimpan Pony di sebuah rumah pelacuran miliknya yang terletak di Kampung Kareng Pangi, Kalimantan Tengah.

Di rumah pelacuran terbabit, Pony telah diikat di dinding dan didera. Selain itu, bulu-bulunya turut dicukur setiap 2 hari.

Pony juga akan dimekapkan dan dipakaikan aksesori serta minyak wangi. Apa yang menyedihkan, akibat tiada bulu, badan Pony sering digigit nyamuk serta dipenuhi luka akibat didera.

Foto: Dailystar UK

Paling mengejutkan, Pony turut dipaksa melakukan hubungan seks dengan pelanggan yang hadir ke rumah pelacuran berkenan dengan bayaran RM8 bagi melampiaskan nafsu mereka.

Pony akhirnya diselamatkan  oleh sukarelawan. Seramai 35 pegawai polis terpaksa dikerahkan dalam usaha menyelamatkan Pony kerana pemilik rumah pelacuran terbabit tidak mahu melepaskan Pony. Baginya, Pony merupakan sumber pendapatan rumah prelacuran berkenaan.

Pemilik rumah pelacuran terbabit turut mengugut para sukarelawan dengan menggunakan parang semasa usaha menyelamatkan sedang dilakukan.  Ketika diselamatkan, Pony berusia kira-kira 6 tahun.

Foto: Google

Selepas beberapa tahun dirawat dan dijaga, akhirnya Pony dilepaskan semula ke kawasan hutan dalam satu suasana yang menyentuh hati. Dengan berat 60 kilogram, Pony dilepaskan ke kawasan hutan terjaga di Pulau Kaja pada tahun 2013.

Sumber: Daily Star UK

Artikel Lain Untuk Di Baca