KONGSIKAN

Pernahkah anda terfikir bahawa sekecil manapun pertolongan yang anda berikan kepada orang lain, ia mampu mengubah nasib seseorang? Sekecil manapun bantuan yang diberikan seseorang, ia pasti mampu membuatkan si penerima berterima kasih.

Melalui sebuah post di laman Instagram, pemuda bernama Ridzuan Khalid menyatakan penghargaannya kepada penyanyi nombor 1 negara, tidak lain tidak bukan Dato Sri Siti Nurhaliza. Beliau amat berterima kasih kepada Dato Sri Siti Nurhaliza atas tindakan Dato Siti mempromosikan kuih bangkit hasil air tangan ibunya.

Ujarnya, ia bermula apabila dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Walaupun gembira pada masa yang sama Ridzuan khuatir bakal berhadapan dengan masalah kewangan kerana wang simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima.

 

Foto: Wikipedia

 

Alhamdullilah, Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Kebetulan seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan berjumpa dengan Tokti (gelaran bagi Dato Sri Siti Nurhaliza). Jadi Ridzuan telah meminta bantuan kawannya itu untuk memberikan hadiah kuih bangkit kepada Tokti. Hadiah tersebut tidak lain tidak bukan merupakan sebuah hadiah daripada seorang peminat terhadap artis pujaannya.

 

 

Namun tanpa disangka-sangka, ekoran pemberian hadiah kuih bangkit tersebut, keesokkannya semasa di dalam kelas telefonnya tidak henti-henti menerima notifikasi. Ujarnya, beliau terkejut apabila Tokti memromosikan kuih bangkit yang diterimanya di akaun Instagram.

Sejak daripada hari itu, Ridzuan memberitahu rezekinya datang secara tiba-tiba kesan daripada promosi itu. Tempahan terhadap kuih bangkit ibunya semakin banyak sehingga mereka sekeluarga tidak menang tangan. Sambungnya lagi, pendapatan itu digunakan sejak setahun lalu untuk menampung pengajian dan sebahagian digunakan untuk tujuan amal.

Benarlah bahawa di sebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah S.W.T. telah amanahkan. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat anda semua!