Kisah Mak Lampir Yang Dulunya Seorang Puteri Cantik Bertukar Menjadi Hodoh Kerana Seorang Lelaki

Penulis: Shahrizat Ahmad

Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80 dan awal 90-an, pastinya mereka sangat mengenali susuk yang sering bermain di penghias muka depan VCD pada suatu ketika dahulu. Siapa lagi kalau bukan Mak Lampir.

Walaupun kisah Mak Lampir ini berasal dari Indonesia namun ia cukup dekat bagi masyarakat Malaysia kerana penjualan VCD Mak Lampir pada ketika itu sangat memberangsangkan.

Penonton pastinya hanya mengetahui Mak Lampir sebagai pengamal ilmu sihir namun tidak ramai yang tahu bagaimana dan apa yang membuatkan Mak Lampir menuntut ilmu tersebut.

Menurut cerita legenda penduduk tempatan, nama sebenar Mak Lampir ialah Siti Maimunah Lampir. Beliau merupakan tuan puteri yang berasal dari kerajaan Champa (sekarang dikenali sebagai Vietnam).

Pada zaman mudanya, Siti Maimunah Lampir terkenal dengan kecantikannya selain daripada kesopanan dan ketulusan hati budinya. Beliau sangat menjaga pergaulannya.

Sehinggalah suatu hari beliau bertemu dengan seorang pengembara yang dikenali dengan nama Datuk Panglima Kumbang lalu membuatkan beliau jatuh cinta pandang pertama.

Namun begitu, percintaan mereka berdua tidak direstui keluarga Datuk Panglima Kumbang lalu membuatkan Mak Lampir berasa marah atas tindakan keluarga Datuk Panglima Kumbang.

Berikutan itu, Mak Lampir membawa diri dan bertapa di Gunung Merapi untuk menenangkan diri. Di sana, beliau telah bertemu dengan seorang nenek kebayan bernama nenek Serintil. Nenek Serintil telah menurunkan ilmu mistiknya kepada Mak Lampir.

Hilaian suara Mak Lampir semasa bertapa dari Puncak Gunung didengari oleh penduduk kampung dan atas sebab itulah beliau digelar Mak Lampir.

Yakin ilmunya cukup, Mak Lampir meneruskan pencarian cinta hatinya, Datuk Panglima Kumbang namun tidak pernah sama sekali bertemu. Hinggalah pada satu ketika, mereka berdua dipertemukan di medan perang antara dua empayar.

Dalam pertempuran tersebut, Datuk Panglima Kumbang telah terkorban. Mak Lampir yang mengetahui berita itu bergegas mendapatkan kekasihnya namun saat itu, Datuk Panglima Hitam sudah tidak bernyawa lagi.

Peristiwa berkenaan benar-benar membuatkan Mak Lampir sedih lalu beliau mengambil mayat kekasihnya itu lalu dihidupkan semula dengan ilmu sihir yang dipelajari.

Kesannya, wajah Mak Lampir yang cantik berubah menjadi hodoh dan menakutan. Keadaan Mak Lampir seperti itu membuatkan Datuk Panglima Kumbang tidak mempercayai bahawa itu merupakan kekasihnya suatu ketika dahulu dan menuduh Mak Lampir sebagai jelmaan dari alam ghaib.

Semenjak itu, peperangan antara bangsa ghaib dan manusia tidak pernah berkesudahan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca