Kisah manusia terperangkap dalam gua bukanlah sesuatu yang baru. Pada tahun 2018 yang lalu, sekumpulan kanak-kanak bersama jurulatih mereka daripada sebuah pasukan bola sepak telah terperangkap dalam Gua Tham Luang di daerah Chiang Rai, Thailand.
Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dengan selamat melalui satu operasi menyelamat yang sangat kritikal. Walaupun kesemua mangsa berjaya dibawa keluar, seorang penyelam terkorban dalam usaha menyelamat itu. Kes ini mendapat perhatian antarabangsa dan ia dianggap sebagai sebuah tradegi yang tidak disangka.
Di samping itu, terdapat beberapa kes di mana peneroka gua terperangkap di dalam gua akibat daripada terjatuh atau hujan lebat yang menutup laluan keluar. Antaranya adalah peristiwa pada awal tahun 2018 lalu, di mana sekumpulan peneroka gua terperangkap di dalam Gua Hoelloch yang terletak di kawasan pergunungan Switzerland sehingga mereka terpaksa menunggu 1 minggu untuk diselamatkan.
Namun, dalam banyak-banyak kes atau tragedi terperangkap di dalam gua, satu peristiwa yang paling diingati tentulah tragedi kematian seorang lelaki bernama John Edward Jones yang terperangkap di dalam Gua Nutty Cave, Utah, Amerika Syarikat pada tahun 2009.
Salah satu impiannya adalah meneroka Gua Nutty Putty yang terkenal dengan cabaran laluannya yang sempit dan laluan tersebut juga dikenali sebagai Birth Canal. Ia hanya boleh dimasuki oleh peneroka gua yang benar-benar berani. Segalanya kelihatan sempurna tanpa sebarang masalah untuk sejam pertama perjalanan mereka di dalam gua tersebut.
Tidak lama kemudian, John menemui satu ruangan kecil yang disangkanya adalah laluan Birth Canal yang sering diperkatakan. Perlahan-lahan, beliau cuba masuk ke dalam laluan tersebut dengan mendahulukan bahagian kepalanya diikuti kakinya.
Laluan tersebut terlalu sempit sehingga beliau tidak mampu memusingkan untuk keluar daripada laluan tersebut. Difahamkan, John tergelincir masuk ke bahagian yang lebih dalam dan tangannya juga sudah terhimpap dengan dadanya serta menyebabkan beliau tidak dapat bergerak.
Kira-kira 27 jam selepas beliau tersekat dalam laluan sempit tersebut, pasukan penyelamat akhirnya mengisytiharkan beliau mati akibat serangan jantung (cardiac arrest). Satu pengakhiran yang mendukacitakan bagi John dan pasukan penyelamat.
Hasil perbincangan antara keluarganya dan pihak pentadbiran gua, mereka akhirnya memutuskan kata sepakat untuk membiarkan jasad John di dalam lubang gua maut tersebut. Mereka juga bersetuju untuk menutup Gua Nutty Puttu buat selama-lamanya bagi mengelakkan ada individu lain yang akan menjadi korban di dalam gua itu.
Satu minggu setelah kejadian korban, gua tersebut telah ditutup buat selama-lamanya. Gua tersebut akhirnya menjadi kubur kekal bagi John. Pada tahun 2016, seorang produser filem Isaac Halasima telah menerbitkan sebuah filem bertajuk “The Last Descent” yang mendapat inspirasi daripada kisah tragedi John Jones ini.