Kisah Ida Wood, Seorang Sosialit Yang Berkurung Di Dalam Bilik Hotel Selama Lebih 20 Tahun

Sanggupkah anda mengunci diri di bilik selama puluhan tahun?

Berkurung selama dua minggu pun dah rasa macam 20 tahun kan?

Ini kisah di sebalik seorang wanita bernama Ida Wood.

Mac 1932

Seorang penghuni misteri bilik suite 552 di Hotel Herald Square, New York akhirnya membuka pintu bilik setelah dua dekad berlalu. Dia berlari keluar meminta tolong dengan deraian air mata kerana adik perempuannya sedang bertarung nyawa di dalam bilik.

Nama dia Ida Wood. Wanita berusia 93 tahun itu kembali semula ke bilik tersebut bersama pengurus hotel, doktor dan pengurus mayat. Adiknya, Mary E. Mayfield terbaring kaku di sofa dan telah pergi buat selama-lamanya.

Apa yang lebih mengejutkan tiga orang pelawat tersebut adalah keadaan bilik itu yang berselerak dengan macam-macam barang; keratan akhbar yang sudah menguning, beberapa buah beg pakaian dan peralatan dapur.

Selain barangan berkenaan, perempuan ini turut menyimpan rahsia besar.

Sebenarnya kaya tapi mengaku miskin

Beberapa orang peguam diarahkan untuk menyiasat kes Ida Wood ini. Wanita itu mengaku miskin tapi pihak berkuasa tak percaya apabila mereka seperti menemui makam firaun bila menyelongkar biliknya. Mereka jumpa banyak duit cash dalam tong sampah, bon sijil pelaburan dan barangan kemas dan perhiasan. Dia menyimpan hartanya yang bernilai jutaan dolar di situ dengan alasan “takut dekat bank”.

Gambar sekadar hiasan. Image by kalhh from Pixabay 

Kes ini menarik minat seorang peguam bernama Morgan O’Brien Jr untuk mula menyiasatnya. Dia mendapati bahawa pengurus hotel ini sudah tujuh tahun tak pernah tengok Ida Wood dan and mendiang adiknya secara depan-depan namun mereka tetap membayar bil secara tunai tanpa gagal.

Mengikut rekod hotel, dua beradik itu membawa bersama anak perempuan Ida, Emma Wood, berpindah ke dua bilik suite pada tahun 1907. Rupa-rupanya Emma Wood yang meninggal dunia pada tahun 1928, usia 71 tahun itu bukanlah anak perempuannya sebaliknya adik yang paling bongsu.

Pekerja hotel juga berkata yang mereka cuma boleh hulur tuala dan cadar bersih melalui lubang rekahan pintu memandangkan penghuninya melarang sesiapa masuk ke dalam ‘kerajaan’ mereka. Manakala untuk makanan pula mereka oder menu sama selama bertahun-tahun iaitu biskut, telur, kopi, susu, bakon dan kadang-kadang ikan.

Kisah silam Ida Wood

Peguam berkenaan menggali masa silam Ida Wood bagi mencari jawapan bagaimana perempuan penyendiri yang menyedihkan ini boleh ada harta sebanyak itu.

Rupanya Ida ini merupakan seorang sosialit di New York dan isteri kepada Benjamin Wood, seorang ahli politik yang ada bisnes perkapalan dan tauke akhbar New York Daily News.

Ida mendaki tangga sosial dengan cara menggoda Benjamin yang lebih tua 17 tahun daripadanya walaupun lelaki itu telah berkahwin dengan isteri kedua dan ada reputasi suka mencucuk penis pada ramai perempuan seperti insert kad bank mesin ATM.

Wanita itu mengaku kepada Benjamin yang dia ada darah aristokrat dan datang daripada keluarga terhormat walaupun dia sebenarnya miskin tapi mempunyai ambisi yang kuat. Dengan hubungan sulit itu, dia boleh masuk ke dalam elite scene di New York. Hidupnya dimandikan cahaya barangan kemas, gaun mahal-mahal dan jamuan mewah.

Selepas 10 tahun affair dan isteri Benjamin meninggal dunia, barulah dua orang itu kahwin. Benjamin seorang yang kaya dan dermawan, cuma ada satu isu kewangan iaitu tabiatnya yang suka berjudi.

“Okay fine, I takkan ganggu ‘hobi’ you tu selagi you tetap bayar dekat I bila kalah dan kongsi sebahagian keuntungan bila menang. I simpan duit tu baik-baik.” Bayangkan lebih kurang begitulah Ida berdialog dengan laki dia.

Setiap kali tak ada duit tunai, Benjamin akan letak aset dia di bawah nama Ida untuk tukaran wang. Sampai satu tahap, bila dah kehabisan duit, dia serahkan syarikat surat khabarnya kepada isterinya. Ida memupuk minatnya menulis di akhbar dan menjadi penerbit wanita pertama dalam industri surat khabar.

Janda kaya

Bila Benjamin meninggal dunia pada tahun 1900, tiada satu pun hartanya yang tinggal kerana semuanya telah berpindah milik ke atas nama Ida. Dengan harta berkoyan-koyan, Ida pergi keliling dunia, membeli pakaian dan barang perhiasan yang mahal-mahal bagi menampakkan dirinya adalah sosialit terhormat.

Selepas puas berjoli, Ida mula paranoid dengan harta-hartanya. Mentalnya mula terganggu terutama sejak krisis kewangan tahun 1907 menyelubunginya. Dia buat keluar semua duit dari bank, jual tanah dan syarikat akhbar.

Kemudian, dia bawa adik-adiknya berpindah ke bilik hotel dan mengunci diri di situ sampai ke tua.

Foto sebenar Ida Wood. Sumber: Luxury Inside

Begitulah cerita Ida Wood ini. Hidup untuk buktikan sesuatu pada manusia dan tamak haloba dengan harta amatlah memenatkan. Oleh itu, hiduplah semampunya asalkan hati senang dan bahagia.

Untuk membaca lagi artikel tentang ‘social climber’, anda boleh klik pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca