Kisah ‘Hotel Istana Hantu’ Di Bali

Di sebalik kabus yang menyelubungi tanah tinggi di Bali, berdiri sebuah hotel terbiar di atas bukit dan semakin dimamah belantara.

Kisah PI Bedugul Taman Rekreasi Hotel & Resort atau lebih dikenali sebagai Hotel ‘Istana Hantu’ ini dilingkari unsur-unsur seram, legenda urban dan korupsi.

Misteri pemilik hotel

Siapa sebenarnya pemilik hotel yang dibina sejak tahun 1990-an ini masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Berikut tiga spekulasi yang telah diperkatakan di internet:

Kisah satu: Pembinaan hotel ini merupakan projek pelaburan Tommy Suharto yang merupakan anak bongsu kepada bekas Presiden Indonesia, Suharto.

Namun projek tersebut tergendala lantaran dia telah dipenjarakan setelah didapati bersalah membunuh hakim mahkamah tertinggi di Indonesia selepas dibuktikan terlibat dalam kes rasuah. Ini kisah yang paling popular.

Kisah dua: Ada sesetengah mengatakan yang hotel ini berhubung kait dengan kerabat diraja Indonesia, sebab itulah informasi sukar untuk dikorek.

Kisah tiga: Seorang ahli perniagaan mendapat tanah yang diwarisi oleh ayahnya. Kemudian dia bina sebuah resort mewah di situ walaupun tidak diizinkan oleh Gabenor Bali untuk buat resort sebab tempat itu merupakan kawasan perlindungan alam sekitar dan warisan sejarah.

Akhirnya pembinaan resort terbengkalai sebab tak dapat permit dan tuan tanah tersebut jatuh bankrap selepas berhabis duit.  

Mengikut cerita penduduk tempatan, hotel usang tersebut dipercayai dihantui oleh roh-roh pekerja binaan yang maut semasa kerja-kerja pembinaan bangunan itu dijalankan. Selain itu, sayup-sayup kedengaran suara-suara keramaian pada waktu malam menandakan bangunan ini ‘berpenghuni’.

Tempat ini sebenarnya tidak dibuka untuk lawatan orang ramai. Tetapi terdapat segelintir pelancong yang tetap cuba masuk walaupun terpaksa panjat pagar ikut pintu belakang. Kalau masuk melalui pintu depan, kena bayar tiket berharga 10,000 Rupiah (RM 2.97) kepada pengawal sekuriti.

Berikut pengembaraan Josh, seorang YouTuber yang suka menjelajah ke tempat-tempat yang terbiar dan menyeramkan di dunia dan dia telah sampai ke hotel terbiar di Bali, Indonesia ini.

Kredit foto-foto: Facebook Fall of Civilizations Podcast

Anda mungkin berminat untuk membaca tentang tempat-tempat berhantu di Indonesia menerusi pautan artikel di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca