Ditayangkan di pawagam sejak 23 Februari lalu, filem Imaginur berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 juta selepas seminggu.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagram Lumatic Films.
“Terima kasih semua peminat Imaginur! Kutipan tayangan bagi minggu pertama Imaginur sudah mencapai RM1 juta.
Kami di Lumatic Films amat terharu dengan sokongan anda semua. Bagi anda yang belum menonton, pergi menonton. Rasai, alami dan raikan sebuah filem yang luar biasa ini. Terima kasih,” tulisnya.
Memetik laporan mStar, Nik Amir Mustapha yang merupakan pengarah filem ini memperoleh inspirasi untuk mengangkat elemen romantik bersama sains fiksyen dalam Imaginur kerana begitu berminat dengan minda manusia yang kompleks.
“Bolehkah kita dipukau untuk bercinta? Saya terinspirasi dengan soalan itu dan berhasrat membuat satu snapshot kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga dipakej bersama elemen hipnosis (manusia dalam keadaan separuh sedar),” ujarnya.

Amir mendedahkan idea menghasilkan Imaginur timbul memandangkan dia begitu berminat dengan minda manusia yang kompleks menerusi laporan Kosmo.
“Idea menghasilkan filem ini sudah ada sejak sebelum saya mengarahkan filem pertama iaitu KIL.
Akhirnya, saya bergandingan dengan Redza Minhat untuk menulis sebuah filem bertema cinta, hipnosis dan kehidupan.
Selepas lama tak bikin filem, saya nak buat kemunculan semula dengan idea asal maka terhasillah Imaginur,” jelasnya.
@lejendigital POV: You’re that easily influenced friend. Orang lain yang dihasut tapi kita pula yang terpengaruh. 😅 #lejendigital #easilyinfluenced #imaginur #imaginurfilm
♬ original sound – . – .
Menerusi ciapan di laman Twitter, Amir turut meluahkan rasa terharu kepada para penonton kerana Imaginur berjaya menjadi top local movie.
“Alhamdulillah. Imaginur berjaya jadi top local movie semua sebab korang.
Terima kasih semua! Terharu sangat. Teriaklah,” tulisnya.

Buat anda yang masih belum menonton filem ini, Imaginur mengisahkan bagaimana kehidupan seorang jejaka bernama Zuhal (Beto Kusyairy) berputar di luar kawalan dan cuba untuk mendapatkan semula fokusnya dengan rawatan hipnosis.

Selepas melalui hipnosis, Zuhal tiba-tiba dapat bertemu dengan Nur (Diana Danielle) iaitu wanita cantik dan misteri yang sering muncul dalam mimpinya di kehidupan sebenar.
Zuhal mula jatuh cinta kepada wanita itu. Siapa sebenarnya Nur? Anda perlu tonton Imaginur untuk mengetahui jawapannya!
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: