Viral di Twitter, Kisah Gadis Beli Ulam Ini Beri Mesej Positif

Perkongsian daripada bebenang Twitter Alyn

Aku pergi bank. Tengah beratuq kat ATM machine, ada sorang pakcik pun tengah beratuq tapi kat ATM machine yang lagi satu.

Pakcik tu sapa perempuan depan dia. Sebab perempuan tu terkejut, dia macam terjerit sikit, lalu mencuri perhatian kami yang ada di situ.

Pakcik tu tanya, “kalau ada 12 ringgit, boleh kluaq duit dak?” Sambil tunjuk kad ATM dia.

Perempuan tu geleng-geleng kepala. Pakcik tu pun keluar dari bank tu. Waktu dia tanya perempuan tu, dah sampai turn aku kat depan ATM machine.

Aku toleh belakang tengok pakcik tu dok pakai helmet. Aku keluaq la p kat pakcik tu, aku tanya, “pakcik dari mana nak p mana?”

Dia jawab, “nak balik Sungai Petani. Minyak moto nak habis. Pakcik tak dak duit (dah) dalam dompet. Kalau boleh, (nak) cucuk duit.”

Terkelu sat aku!

Aku tengok dalam raga motor dia ada plastik penuh ulam sayuq ulam. Aku tanya dia, ni banyak-banyak nak buat apa. Dia kata dia nak p jual. Dapat jual kat market, boleh buat modai nak makan.

(bergenang ayaq mata aku)

Dia habaq semalam dia hantaq anak masuk asrama, habis bagi duit buat belanja. Aku pun kata aku nak beli ulam-ulam ni kat dia. Dia kata dia tak timbang lagi. Dia tak cuci lagi. Aku pun ambil la serba sikit ikut genggam tangan aku. Aku bagi la sikit duit bayaq duit ulam. Dia kata banyak sangat. Cukup bagi buat modai minyak motor dia pun jadi la.

Aku kata, “ambiklah. Bawak motor elok-elok.”

Dia cium duit tu penuh menghargai aku tengok. Aku memang dok menahan takungan empangan (air mata) dari tadi ja. Sebak siakkk.

“Terima kasih, adik. Cukuplah ada sorang anak macam adik ni. Pakcik bersyukur sangat.”

Aku senyum ja tengok dia start motor berlalu. Aku nak masuk keta, ada makcik kedai depan bank tu panggil aku tanya nak minum apa. Rezeki aku dapat milo ais free, roti telur satu free.

Bukanlah aku cerita nak riak, tapi aku percaya, satu kebaikan kecil kita bagi kepada orang lain, Allah akan balas dengan kebaikan yang lain. Sekiranya orang buat jahat kat kita, tetaplah balas dengan kebaikan.

Aku belajaq tu hari ni.

*****

Sementara itu, thread Twitter ini mendapat reaksi positif daripada netizen. Antaranya:

“Cycle of kindness. U deserve it sis, keep on being kind and generous, it really goes a long way.” – @remdreams

Ternyata amalan saling bantu-membantu dan prihatin dalam kalangan masyarakat kita masih wujud. Semestinya cerita positif sebegini wajar dikongsi untuk bacaan ramai agar mesejnya dapat menjadi tauladan buat kita semua.

Foto: Robert Baker @unsplash

Artikel Lain Untuk Di Baca