Kisah Di Sebalik Nasi Kak Wook Yang Asli

Apa itu nasi Kak Wook @ Wok?

Bayangkan begini-nasi putih bersama ayam goreng kunyit dipotong kecil-kecil, kuah gulai kerompes (sayap, tengkuk, pedal, hati dan sebagainya) dan sambal belacan perahan asam limau dengan aroma timun serta kacang panjang.

Sumber gambar: Facebook rasmi Nasi Kak Wok DK

Kalau di Kuala Lumpur, kedai Nasi Kak Wok Danau Kota (DK) antara yang berjaya buat penulis teringat-ingat sampai sekarang sebab banyak nasi dan ayam yang diletak “supo ore nok gi galo (orang buat kerja berat)” bak kata orang Kelantan. Memang puas makan. Bolehlah, buat lepas rindu pada makanan tradisi.

Sumber gambar: Facebook rasmi Nasi Kak Wok DK

Nasi Kak Wook ini sebenarnya berasal dari Kelantan, diasaskan oleh Allahyarhamah Mek Wook Binti Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Wook. Menurut blog Kedai Makan Kelantan, premis asalnya terletak di Kampung Lundang, Kota Bharu.

Mengikut perkongsian situs Iluminasi, populariti Nasi Kak Wook di kalangan penduduk Kota Bharu ini bermula pada tahun 1984 dengan harga 70 sen sebungkus untuk lauk ayam. Kemudian ia tersebar ke seluruh Kelantan dan luar negeri Kijang itu.

Legasi Kak Wook kini diteruskan oleh para pewarisnya di sekitar negeri Kelantan dengan resipi air tangan peninggalannya.

Namun begitu, banyak restoran yang meniru resipi dan jenama Kak Wook sehingga pemiliknya mengambil tindakan undang-undang dan mendaftarkan hak paten bagi memelihara kualiti dan keaslian Nasi Kak Wook.

Artikel Lain Untuk Di Baca