Kisah Di Sebalik Foto Tular Ibu Kucing ‘Bawa’ Anak Ke Hospital

Pada minggu lepas, beberapa keping foto yang memaparkan seekor ibu kucing bersama anaknya di sebuah hospital menjadi tular di media sosial dan mencuri perhatian ramai.

Menurut laporan media tempatan, kucing tersebut dikatakan tinggal di belakang bangunan hospital itu dan diberi makan oleh kakitangan yang bekerja di situ.

Apa yang menarik tentang foto itu adalah si ibu kucing tadi kelihatan seolah-olah sedang meminta pertolongan apabila ia bertindak meletakkan anaknya itu di hadapan sebuah bilik rawatan.

Difahamkan, situasi yang menyentuh hati itu berlaku di sebuah hospital yang bertempat di Turki.

Foto tersebut dipercayai dimuat naik oleh seorang pesakit iaitu Merve Ozcan yang ketika itu berada di hospital tersebut.

“Hari ini saya berada di wad kecemasan di hospital, ada seekor kucing menggonggong anaknya masuk ke sini,” tulisnya.

Sedar akan kehadiran anak-beranak itu, petugas perubatan yang berada di situ terus melakukan pemeriksaan. Walau bagaimanapun, tiada sebarang tanda kecederaan atau kesakitan ditemui pada anak kucing itu. Kedua-dua si comel itu kemudiannya dihantar ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

Situasi tersebut telah meraih pujian daripada rata-rata pengguna laman sosial yang menyifatkan cara warga Turki melayan kucing jalanan sebagai satu perkara yang harus dicontohi oleh negara-negara lain.

“Kucing merupakan haiwan yang bijak. Ia tahu ke mana mahu dituju dan siapa yang boleh memberi pertolongan,” kata seorang pengguna Twitter.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan haiwan bernama kucing ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca