Kadang-kadang cinta dan jodoh datang secara misteri.
Adakah anda sudah duduk bertenang bersama popcorn?
Kali ini kami akan mempersembahkan kisah cinta paling ‘rare’ pada abad ini berdasarkan perkongsian daripada penulis lelaki misteri @sixthformpoet yang tular di laman Twitter.
Semuanya bermula daripada bunga-bunga di atas kubur.
Ayah si penulis telah meninggal dunia dan dikebumikan di sebuah kampung di Sussex. Dia sangat rapat dengan ayah dan selalu mengunjungi kuburnya sehingga kini.
Kubur ayahnya ‘bertuah’ kerana selalu menerima kalungan bunga daripada si anak, isteri (mak penulis) dan ibu bapanya yang sudah tua dan masih ada.
I always took flowers and my mum visited a lot and she always took flowers and my grandparents were still alive then and they always took flowers. My dad’s grave frequently resembled a solid third place at the Chelsea Flower Show.
— sixthformpoet (@sixthformpoet) June 9, 2019
Kemudian lelaki itu perasan sebuah kubur seorang lelaki yang mati pada usia 37 tahun bersebelahan kubur bapanya itu tidak pernah mendapat bunga, seolah-olah tidak ada pelawat langsung. Lalu dia turut memberi bunga kepada ‘jiran’ kubur bapanya itu.
Sejak itu, si penulis mula membelikan bunga-bunga untuk lelaki mati yang tidak pernah dikenalinya itu secara senyap-senyap. Entah mengapa, dia merasakan seolah-olah ada ikatan tersembunyi di antara mereka, seperti kawan.
I wondered if there was a hidden connection between us, something secretly drawing me to him. Maybe we went to the same school, played for the same football club or whatever. So I googled his name, and ten seconds later I found him.
— sixthformpoet (@sixthformpoet) June 9, 2019
Apabila dia google nama lelaki misteri tersebut, barulah si penulis faham mengapa si mati itu tidak pernah menerima sebarang bunga kecuali daripada dirinya. Lelaki itu telah membunuh isteri dan ibu bapa mentuanya sebelum bunuh diri pada malam Krismas.
His wife didn’t leave him flowers BECAUSE HE’D MURDERED HER. ON CHRISTMAS DAY. After he murdered his wife, he murdered her parents too. And after that he jumped in front of the only train going through Balcombe tunnel that Christmas night.
— sixthformpoet (@sixthformpoet) June 9, 2019
Rupanya selama dua tahun setengah ini, setiap minggu si penulis itu telah memberi bunga kepada seorang pembunuh! Dengan perasaan bersalah, dia cuba menjejak kubur mangsa-mangsa pembunuhan itu pula.
Selepas berjaya ditemui, dia memandu menuju ke tanah perkuburan tersebut bersama sejumlah bunga. Sedang si penulis berdiri dan berbisik kata-kata maaf, seorang perempuan muncul di belakangnya.
“Siapa awak? Kenapa awak tinggalkan bunga-bunga di kubur makcik, nenek dan atuk saya ni?” tanya perempuan itu.
Dengan kekoknya, si penulis menjelaskan hal sebenar.
“Ok, pelik tapi sweet juga.” kata perempuan itu lagi.
“Thanks, ya pelik jugalah sikit.” kata penulis tersebut sebelum dia mengajak gadis itu keluar minum bersamanya.
“Ya.” kata gadis itu, bersetuju.
Dua tahun kemudian, gadis itu sekali lagi berkata ‘Ya’ apabila lelaki itu melamarnya dan begitulah kisah bagaimana si penulis bertemu isterinya.
*Cerita ini diterjemahkan dan diolah semula berdasarkan cerita pemilik asal @Sixthformpoet