Kiriman Dari Seberang, Lelaki Yang Bekerja Di Singapura Ini Sebak Tidak Dapat Beraya Bersama Keluarga

Bulan Syawal adalah bulan yang dinanti-nantikan selepas Ramadan berlalu. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari untuk kesemua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan silaturahim sesama kita.

Malangnya, kita masih berada di dalam pandemik yang masih belum berkunjung pulih. Ramai anak-anak di perantauan yang tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung kerana aktiviti merentas negeri mahupun sempadan masih belum dibenarkan.

Lebih menyayat hati, seorang pengguna akaun TikTok @matd97 yang merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura atas urusan kerja, memuatnaik sebuah video yang menunjukkan kiriman daripada keluarganya di seberang.

Pada 1 Mei yang lalu, jejaka tersebut menunjukkan sebuah bungkusan barang yang dikirim daripada keluarganya di Malaysia melalui sebuah video di TikTok.

@matd97

Dapaat Kirim Dari Kampung ā€œrasa sebak gila pagi2 Buka Kotak AdaašŸ˜­šŸ˜­ …ā€ #rayadiperantauan #rindukeluarga

ā™¬ original sound – KassimSelamatšŸ§ž – KassimSelamatšŸ§ž

Video tersebut mempamerkan dirinya dengan air mata yang mengalir ketika sedang membuka bungkusan istimewa tersebut.

Bungkusan tersebut dipenuhi dengan snek-snek raya seperti popia simpul, karipap mini serta kerepek. Tak kurang itu, dia juga menerima tikar sejadah, serta persalinan lengkap baju Melayu beserta kain samping.

Sumber: TikTok @matd97
Sumber: TikTok @matd97

Video TikTok tersebut telah menyentuh hati ramai warganet lain yang turut bersimpati dengan nasib pemuda tersebut. Ada juga yang menerima nasib yang sema dengannya.

Sumber: TikTok @matd97
Sumber: TikTok @matd97
Sumber: TikTok @matd97

Dalam beberapa videonya yang lepas, dia juga memuatnaik sebuah video rakaman yang menunjukkan dirinya dan ibunya yang melepaskan rindu melalui panggilan video.

@matd97

Setahun Lebih Tak JumpešŸ˜­! Maafkan anakmu bonda Buat Dirimu MenangisšŸ˜­ Anakrantau Ingatlah Orang TuaMu šŸ˜­šŸ˜©#rindu #anakrantau#fyp

ā™¬ YA ASYIQOL MUSTHOFA TIKTOK HUDHAEFA RAFFA – HUDHAEFA RAFFA

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca