Kini Sah Suami Syifa Melvin, Ini Reaksi Safawi Rasid

Sebuah video yang dimuat naik semula di TikTok mencuri perhatian orang ramai baru-baru ini apabila ia memaparkan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid berkata pelakon dan pempengaruh Syifa Melvin adalah isterinya yang sah.

Sekiranya anda menonton video tersebut, pemain JDT itu sempat berkata dalam nada gurau senda bahawa warganet kini tidak boleh kecam mereka berdua lagi.

“Ini isteri yang sah. Dah tak boleh kecam dah,” ujar Safawi.

Adik kepada aktres Syatilla Melvin itu turut dilihat memeluk manja Safawi dalam video tersebut sambil berkata, “Ini suami saya.”

Sumber: OhBulan!

Memetik laporan OhBulan, pemilik nama Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu turut meluahkan rasa syukur dalam hantaran di Instagram Story apabila mereka akhirnya disatukan selepas tiga tahun menyulam cinta.

Dengan sekali lafaz, Syifa akhirnya sah mengikat tali perkahwinan bersama pemain bola sepak JDT itu dalam sebuah majlis tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor pada 28 November lalu. Safawi dilihat menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin kepada Syifa dalam majlis berkenaan.

Sumber: Instagram @syifamelvin

Menurut laporan mStar, Safawi menjelaskan dia tidak berniat menyembunyikan perkahwinannya sebaliknya lebih selesa ia tidak dihebohkan kepada orang ramai.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca