Kini Jadi Bualan Ramai, Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Sebagai YouTuber

Nama Sugu Pavithra kini sudah tidak asing lagi dalam kalangan warganet. Atas sebab itu, ramai orang mula tertanya-tanya tentang pendapatan sebenar YouTuber berkenaan selepas dia dilaporkan menerima gaji atau bayaran daripada Google.

Bagi yang masih keliru, Pavithra menjadi bualan ramai kerana menghasilkan video masakan berkonsepkan resipi ringkas dan penyampaiannya yang sangat fasih berbahasa Melayu.

Selepas pihak kerajaan kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, jumlah tontonan dan subscribers Sugu Pavithra ini menyaksikan peningkatan secara mendadak dan kini sudah menerima lebih daripada 552,000 subscribers.

Pasangan suami isteri ini mendedahkan anggaran pendapatan sebenar mereka melalui penghasilan video di YouTube menerusi satu temu bual bersama Harian Metro.

“Saya hanya ingin membantu suami yang bekerja di ladang. Dia memperoleh pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan. Kalau kami tolak komitmen bulanan, kami hanya mempunyai kurang daripada RM800 untuk perbelanjaan.

Apa yang kami peroleh sekarang lebih daripada cukup. Saya terima bayaran sebanyak $2,000 (RM8,695) buat pertama kali pada bulan lalu. Saya tidak pernah sangka dapat sebanyak itu,” ujarnya.

Sementara itu, Sugu Pavithra turut menerima hadiah berupa tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan barangan memasak serta kata-kata semangat daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas berjaya menyatukan rakyat Malaysia melalui perkongsian resipi.

Siapa antara anda yang menonton video Sugu Pavithra? Adakah resipi-resipi tersebut mudah untuk diikuti?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan YouTuber, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca