Kini Boleh Didapati Melalui ‘Vending Machine’, Kylie Jenner Tampil Dengan Idea Menarik Untuk Kylie Cosmetics

Kylie Jenner tampil dengan idea menarik apabila dia menjual produk kosmetiknya iaitu Kylie Cosmetics menggunakan mesin jualan layan diri atau vending machine di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Kylie memuat naik perkongsian tersebut di laman Instagramnya. Perkongsian tersebut kini menerima 3,302,663 sukaan dan 26,181 komen.

Sumber: mStar

Untuk yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, terdapat pelbagai produk yang anda boleh dapati melalui mesin tersebut. Antaranya ialah pelbagai gincu, pembayang mata dan koleksi kosmetik lain seperti ‘You’re So Money Baby’ dan ‘Bronze Extended Palette’.

Bronze Extended Palette

Menurut Kylie, “Perkara ini membuatkan saya sangat gembira kerana saya baru sahaja melancarkan mesin jualan layan diri untuk Kylie Cosmetics.”

Tambahnya, dia turut berkolaborasi dengan rakan niaganya iaitu Khloe Kardashian dalam menghasilkan produk kosmetik baharu. Koleksi berkenaan menampilkan empat produk kosmetik iaitu lip liner, lip matte, highlighter dan eyeshadow palette.

Untuk peminat Kylie Cosmetics, adakah anda berharap untuk melihat mesin jualan layan diri seperti ini di lapangan terbang di negara kita seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga? Ataupun anda lebih sanggup untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran untuk mendapatkannya?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca