Kini 221 Angka Korban, Ini Punca Indonesia Tak Mahu Laksana ‘Lockdown’

Meskipun sudah merekodkan 221 angka korban sehingga ke hari ini, Indonesia masih lagi tidak mahu laksana perintah kawalan pergerakan atau lockdown.

Memetik laporan BERNAMA, kerajaan Indonesia tidak mahu kuat kuasa perintah tersebut dalam menangani penularan wabak meragut nyawa berkenaan kerana ia tidak mudah untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai populasi lebih 270 juta orang.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia iaitu Doni Monardo menjelaskan pemerintah bakal menghadapi pelbagai kekangan untuk menyediakan keperluan asas kepada berjuta-juta penduduk di negara tersebut sekiranya situasi itu berlaku.

Menurut Doni, “Kalau lockdown atau kuarantin wilayah (kawalan pergerakan antara wilayah) ini dilaksanakan, bagaimana pekerja harian (pekerja yang mendapat upah harian) mahu mencari sesuap nasi?”

motorcycles and vehicles on road at daytime

Dalam pada itu, Joko Widodo menetapkan status Indonesia sebagai darurat atau kecemasan kesihatan pada 31 Mac lalu.

Menerusi penetapan status berkenaan, Presiden Indonesia itu memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat.

Tambahnya, Indonesia perlu mengambil kira pelbagai aspek seperti keluasan wilayah, jumlah penduduk, disiplin, keadaan geografi, budaya, ekonomi masyarakat dan kemampuan fiskal untuk menangani penularan COVID-19.

Jokowi turut mengumumkan pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat Indonesia yang terkesan dengan memberikan bantuan kewangan Rp600,000 sebulan (RM161) selama tiga bulan kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, kerajaan pimpinan Jokowi itu turut memberikan bantuan kad sembako (kad membeli barangan keperluan asas) bernilai Rp200,000 (RM54) kepada lebih 20 juta ketua keluarga.

train station with white and green lights

Walaupun tiada larangan keluar rumah, Jakarta dan beberapa kota lain di Indonesia kini sepi berikutan beberapa langkah secara berperingkat sejak 16 Mac lalu seperti penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan serta arahan bekerja dari rumah untuk sektor tidak kritikal.

Selain itu, kerajaan pimpinan Jokowi itu turut membataskan penggunaan pengangkutan awam dan tidak membenarkan rakyatnya berhimpun atau berkumpul dalam skala besar serta kempen duduk di rumah.

Untuk rekod, Indonesia mencatatkan 2,738 kes positif COVID-19 dan 221 daripadanya tewas kepada wabak tersebut.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan inisiatif kerajaan lain dalam menangani penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca