King Coco Didakwa Akan Jadi Calon Ketua Srikandi BERSATU Bagan Serai, Ini Reaksi Daripada Warganet

Nama King Coco telah menjadi topik perbualan hangat warganet pada hari ini apabila dia dikatakan bakal membuat kemunculan dalam dunia politik di bawah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Dia didakwa akan bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Bagan Serai bagi pemilihan Bahagian 2020/2022.

Satu poster yang didakwa dikeluarkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengenai perkara ini telah menjadi tular di Twitter sehinggakan nama King Coco menjadi trending nombor satu di laman tersebut.

Untuk rekod, King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai pada beberapa tahun yang lepas gara-gara tularnya satu klip video memaparkan dirinya mengatakan dia mempunyai banyak kacukan.

Dakwaan mengenai penglibatan King Coco dalam BERSATU telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang menyokong dan ada juga yang bertindak melemparkan kecaman terhadapnya. Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warga Twitter:

Walau bagaimanapun, tuan punya badan mahupun pihak BERSATU masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang dakwaan di atas. Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada mereka.

Untuk baca artikel lain tentang Menteri Kabinet 2020, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca