Kim Jong-un Paksa Rakyat Serah Anjing Peliharaan Kepada Restoran Untuk Dimasak

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mencuri perhatian orang ramai selepas beliau memerintahkan rakyat negara tersebut menyerahkan anjing peliharaan mereka kepada restoran untuk dijadikan hidangan makanan.

Pemimpin diktator itu dipercayai mengambil inisiatif tersebut untuk mengurangkan rasa tidak puas hati masyarakat di tengah-tengah situasi ekonomi yang tidak menentu termasuk krisis kekurangan makanan yang sedang melanda negara berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan individu yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan di Korea Utara terdiri daripada golongan elit seperti pegawai kerajaan yang kaya dan individu berpengaruh di Pyongyang.

Hal ini demikian kerana anjing turut disebut sebagai simbol yang dibawa oleh dunia Barat. Atas sebab itu, rakyat di sana hanya dibenarkan memelihara khinzir atau binatang ternakan lain.

Sementara itu, Jong-un mengeluarkan larangan memelihara haiwan kesayangan pada bulan Julai lalu kerana beliau menganggap ia adalah trend yang telah dicemari oleh budaya kaum borjuis.

Sumber lain pula menjelaskan bahawa haiwan peliharaan tersebut akan diserahkan kepada restoran yang masak hidangan daging anjing. Sekiranya anda mahu tahu, hidangan ini menjadi kegemaran ramai di China dan Korea Utara.

Walaupun tindakan ini dikutuk oleh masyarakat Korea Utara, golongan elit negara berkenaan mempunyai pandangan berbeza. Sebahagian besar daripada golongan elit memuji inisiatif berkenaan dengan menganggap bahawa ia adalah salah satu usaha Jong-un untuk menjauhkan Korea Utara daripada nilai-nilai Barat.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan Kim Jong-un, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca