“Kim Jong-un Masih Hidup Dan Sihat.” – Korea Selatan Menafikan Laporan Media AS

Korea Selatan menafikan dakwaan agensi berita Amerika Syarikat (AS) iaitu Cable News Network (CNN) bahawa Kim Jong-un berada dalam keadaan kritikal.

Menurut penasihat polisi asing presiden Korea Selatan iaitu Moon Chung-in, kerajaannya tegas dengan pendirian bahawa pemimpin Korea Utara itu masih sihat.

“Pendirian kami kekal. Kim Jong-un masih hidup dan sihat.

“Beliau berada di Wonsan sejak 13 April.

“Tiada pergerakan yang menimbulkan kesangsian dikesan setakat ini,” tegas Chung-in.

Sebelum ini, CNN melaporkan Jong-un berada dalam keadaan kritikal susulan satu pembedahan.

Portal berita CNN melaporkan perkara itu yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa mempunyai pengetahuan secara langsung.

Jong Un yang dilihat sebelum ini tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan seribu satu spekulasi mengenai tahap kesihatannya.

Namun, beliau hadir pada mesyuarat empat hari sebelum sambutan itu.

Kali terakhir Jong Un membuat penampilan di media rasmi Korea Utara ialah pada 11 April yang lalu.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan dengan Korea Utara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca